Accessibility Tools

Skip to main content
Majlis Penyampaian Watikah Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak Sesi 2020
Latihan MyGovUC 2.0

IPOH - 30 JANUARI 2020 5 Jamadil Akhir 1431H – Program ini dijayakan di sekolah menengah Agama Izuddin Shah Ipoh dan seramai 134 orang penerima anugerah telah hadir bagi menerima watikah tersebut. Majlis penyampaian tauliah mengajar agama Negeri Perak ini akan diadakan sebagai mengiktiraf pada penerima tauliah dan sebagai simbolik kepercayaan kepada mereka yang menyampaikan ilmu yang sahih dan berlandaskan hukum syarak.

Ia juga menepati tuntutan agama dan mendokong perintah Allah SWT iaitu menyampaikan ilmu. Program ini turut dihadiri oleh Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hj Harussani Bin Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak bersama-sama berapa orang jemputan khas. Majlis ini turut diserikan dengan Tausiah Khas yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Sohibus Samahah Datuk Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad Mantan Mufti Negeri Kedah Darul Aman. Acara kemuncak bagi majlis ini adalah penyampaian watikah tauliah mengajar agama yang disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hj Harussani Bin Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak.

Adakah ruang menunggu di kaunter selesa, kemas dan bersih?

Jabatan Mufti Negeri Perak
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Telefon : 05-2545332
fax : 05-2419694
Emel : muftiperak[at]perak[dot]gov[dot]my
White Text Links
Kembali ke Atas