Dewasa ini terdapat persoalan-persoalan yang mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat berikutan penggunaan pelbagai alatan perubatan moden. Justeru itu Jabatan Mufti Negeri Perak berpandangan sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berkenaan penggunaan alatan yang boleh dan tidak membatalkan puasa, seperti berikut:
Penggunaan Alatan Yang Boleh Membatalkan Puasa :
Penggunaan Alatan Yang Boleh Membatalkan Puasa :
- Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau untuk penyakit paru-paru kronik.
- Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary)atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita;
- Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing).
- Penggunaan alat seperti enema, tiup suppository, teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan system penghadaman; dan
- Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.
-
Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);
-
Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
-
Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pemeriksaan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut;
-
Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah;
-
Pendermaan atau pemindahan darah;
-
Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
-
Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
-
Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah tujuan pemeriksaan untuk prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
-
Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
-
Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air sampai ke tekak) dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan;
-
Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yan diambil daripada hati atau organ-oran lain untuk tujuan analisa makmal;
-
Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
-
Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
-
Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat;
-
Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.