TANJUNG MALIM, 8 Mei 2025 - Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Institut Tanah Dan Ukur Negara telah berjaya melangsungkan dua siri Kursus Astronomi: Pengenalan kepada Ilmu Falak Berdasarkan Kitab Makhluqat dan Kursus Astronomi: Penentuan Waktu Solat, Arah Kiblat, Takwim dan Cerapan Malam kepada para pelajar dan guru yang terpilih. Kursus dilangsungkan sepenuhnya di Institut Tanah Dan Ukur Negara, Tanjung Malim bermula 6 hingga 8 Mei 2025. Kursus yang dilaksanakan pada setiap tahun ini telah menerima seramai hampir 100 orang peserta pada kali ini.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel