SUNGKAI, 7 Mei 2025 - Unit Kiblat dan Cerapan yang diketuai oleh Ustaz Nor Izwan bin Hamdan telah mendapat permohonan bagi kerja penentuan Arah Kiblat di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di sini. Kerja pengukuran telah dilaksanakan bermula jam 10 pagi di Surau pusat berkenaan bagi kemudahan beribadah kakitangan yang bertugas di pusat tersebut. Turut terlibat dalam kerja pengukuran berkenaan adalah Ustaz Rashidi dan Ustaz Humaidi. |
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.