CAMERON HIGHLAND, 15 Ogos - Penyusunan Takwim Solat amat penting dalam memastikan ibadah solat masyarakat dilaksanakan mengikut waktu yang tepat, demikian antara petikan ucapan Perasmian Penutup Bengkel Penyusunan Takwim Solat untuk Tahun 2026 bagi Negeri Perak oleh SS Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato' Haji Zamri bin Hashim. Bengkel yang telah mendapat kerjasama dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ini telah berlangsung selama 3 hari bermula pada Rabu 13 Ogos hingga 15 Ogos 2025 di Zenith Hotel, Cameron Highland.
|
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.