BAGAN DATUK, 30 September 2025 - Mini Planetarium Jabatan Mufti Negeri Perak mendapat sambutan yang amat menggalakkan sepanjang Program ASTROVERSE di MRSM Bagan Datuk. Selain itu, Bahagian Falak turut menayangkan secara langsung cerapan Matahari dengan menggunakan teleskop Dwarf dan Seestar. Program yang berorientasikan astronomi ini telah berlangsung bermula jam 9 pagi hingga jam 1 tengah hari dengan kunjungan tanpa henti daripada para pelajar dan guru untuk merasai pengalaman meneroka langit dan sistem suria di dalam Mini Planetarium.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel