Berita Keratan Akhbar: COVID-19 'signal' dari Allah - Timbalan Mufti Perak
BATU GAJAH, 6 MEI 2023: Sekitar Aktiviti Cerapan Gerhana Bulan Penumbra di Taman Raia Savanna, Batu Gajah, Perak. Gerhana Bulan Penumbra akan berlaku pada 5-6 Mei 2023 M / 15 Syawal 1444H ( Jumaat-Sabtu ). Gerhana ini akan dapat dilihat di seluruh Asia termasuklah Malaysia, Indonesia, Brunei hinggalah ke Mekah. Bagi Malaysia khususnya negeri Perak, kita akan dapat melihat gerhana ini bermula pada jam 11.14 p.m (23.14) dan berakhir pada jam 3.31 a.m (03.31). Manakala kemuncak gerhana adalah pada jam 1.22 a.m ( 01.22) dengan bulan akan memasuki bayang penumbra sehingga magnitud penumbra 0.96 dan hanya kurang pada kedudukan magnitud 0.04 saja dari bayang umbra. Tempoh masa berlakunya gerhana ialah 4 jam 17 minit.
Gerhana Bulan Penumbra adalah gerhana yang boleh dilihat dengan mata kasar. Namun ia perlu dilihat dengan teliti kerana kesan gerhana penumbra adalah kurang jelas berbanding gerhana bulan separa atau penuh. Ini kerana bulan hanya ditutupi oleh bayang penumbra iaitu bayang cerah bumi yang akan jatuh pada permukaan bulan. Bagi melihat gerhana ini, kita boleh merujuk kedudukan bulan yang berada pada fasa bulan penuh tinggi di langit timur. Kemudian perlahan-lahan permukaan bulan disebelah timur akan menjadi sedikit malap. Sehingga kemuncak gerhana pada jam 1.22 a.m ( 01.22), ketika itu cahaya bulan akan berkurang pada kedudukan maksimum. Selepas itu bulan akan semakin cerah sehinggalah tamat gerhana. Solat sunat khusuf (gerhana bulan) TIDAK DIHARUSKAN kerana gerhana bulan kali ini tidak jelas kerana hanya berlaku pada fasa penumbra. Namun Jabatan Mufti Negeri Perak menyarankan agar umat Islam dapat menghayati Gerhana Bulan Penumbra ini sebagai salah satu dari tandatanda kebesaran Allah S.W.T dalam keadaan umat Islam masih lagi berada dalam bulan Syawal.