KEDAH, 20 November- Majlis Menandatangani Nota Perjanjian Persefahaman Antara Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Jabatan Mufti Negeri Perak Serta Majlis Muqabalah Mahabbah Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah telah berlangsung pada 20 November 2024 di Dewan Seminar Aras 4, Bangunan Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti Negeri Kedah.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel

IPOH, 13 November- Diketuai oleh AF Ust Nor Izwan bin Hamdan serta dibantu 2 pelajar industri Universiti Malaya iaitu Muhammad Rashidi bin Mohamed Zubir dan Umar Abdul Aziz, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak telah menerima jemputan bagi Program Cerapan Matahari sempena Minggu STEM dan VOTEK 2024 yang berlangsung SMK Lahat ,Ipoh Perak.

Program cerapan ini bermula pada 10:00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disertai oleh 250 pelajar dari tingkatan 1 – 5 dan 10 orang guru. Dalam program cerapan ini para peserta telah diberikan peluang mencerap suar matahari (solar flare) dan aktiviti melihat tompok hitam matahari (sunspot). Dengan itu, Pihak Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMK Lahat diatas jemputan bagi memeriahkan lagi program y.ang dianjurkan ini.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel

KUALA KANGSAR, 10 November- Peperiksaan Tauliah Mengajar (Agama Islam) Negeri Perak Tahun 2024 telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Dewan Serbaguna, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel

IPOH, 4 November- Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak kali ke-20 / Bil. 3 2024 telah berlangsung di Artwork Hotel, Ipoh pada 4 November 2024

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel

IPOH, 26 Oktober- Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak telah menerima jemputan untuk Program Kiblat dan Cerapan Matahri Sempena Kem Ibadah di SK Kg. Pasir Putih, Ipoh Perak. Program ini diadakan bermula 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dan disertai oleh 75 orang pelajar dan 10 orang guru. Program turut dimeriahkan dengan aktiviti melihat suar matahari (solar flare), aktiviti melihat tompok hitam matahari (sunspot), dan cerapan bulan. Pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada SK Kg. Pasir Putih atas jemputan program ini.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel