ziarahyadim1 PUTRAJAYA, 14 Jun - "Usaha dan tanggungjawab dakwah yang memberi kekuatan kepada saya untuk terus berkhidmat," ujar SS Dato' Seri Hj Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Kerajaan Negeri Perak dalam petikan ucapan balas semasa siri Ziarah Mahabbah ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini. Kunjungan ini turut disertai oleh Ketua Penolong Mufti, Tuan Hj Kamaruddin bin Adam, Penolong Ketua Unit Buhuth, Ustaz Hafiz bin Baharom, Ketua Unit Multimedia, Ustaz Zainuddin bin Muhammad dan Encik Mohamad Ridzuan bin Noorman.

Rombongan tiba diperkarangan Blok D, Kompleks Islam Putrajaya pada kira-kira jam 3 petang telah disambut oleh Yang DiPertua YADIM, Y.Bhg. Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus serta beberapa pegawai YADIM. Seterusnya rombongan dibawa ke Pejabat YADIM yang berada di Aras 4 kompleks berkenaan bagi mendengar taklimat fungsi dan tanggungjawab institusi YADIM oleh Yang DiPertuanya sendiri. Turut hadir semasa sesi tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM dan Pengarah YADIM Negeri Perak.

Siri Ziarah Mahabbah ini dilaksanakan bagi mewujudkan kolaborasi yang lebih efektif dalam melaksanakan beberapa perancangan aktiviti pada masa yang akan datang. Demikian antara hasrat dan harapan kedua belah pihak agar gerakan dakwah terus berjalan di bumi Malaysia.

ziarahyadim2 ziarahyadim3 ziarahyadim4

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel