Program Majlis Ijtimak Pemegang Tauliah Mengajar (Agama Islam) Negeri Perak dan Tempoh Penyambungan Tauliah (Siri 2)
IPOH, 13 JULAI 2023: Kursus Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI) telah berlangsung di Perak Digital Hub, Meru, Ipoh di mana ianya telah disertai oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perak. Program ini telah dikendalikan oleh Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak. Prof. Mohamed Imran Bin Mohamed Ariff, Pensyarah, UiTM Perak Branch, Kampus Tapah telah dijemput sebagai penceramah dan pembimbing bagi program tersebut. Program tersebut bagi tujuan memberi pendedahan kepada para pegawai dan kakitangan Jabatan ini tentang kaedah Kecerdasan Buatan (AI).
Program bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang. Di antara topik-topik yang telah diperjelaskan oleh penceramah adalah seperti Teknologi dan Teknik AI, Aplikasi AI dalam sektor kerajaan, AI dalam pentadbiran Islam dan trend dan peluang masa depan AI. Semoga program seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh jabatan ini dalam meningkatkan tadbir urus dan proses membuat keputusan serta dapat meneroka peluang dan cabaran AI dalam sistem pentadbiran khususnya.