• Utama
  • Berita & Aktiviti
  • Kunjung Hormat Mufti Negeri Perak ke Pejabat Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof. Dr. Mohammad Ahmad Thayeb
1 KAHERAH, 28 FEBRUARI 2024 - Mufti Perak, SS Dato’ Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh hari ini melakukan satu kunjungan hormat ke pejabat Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof. Dr. Mohammad Ahmad Thayeb. Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik berkaitan pegangan akidah ahli Sunah Wal Jamaah Aliran al-Asya'irah dan al-Maturidiyah yang menjadi tunjang kekuatan akidah di negeri Perak khususnya.

Pertemuan ini juga menjadi platform Jabatan Mufti Negeri Perak menjalinkan kerjasama berkaitan pemantapan ilmu dan kefatwaan dengan institusi terulung tersebut. Turut serta dalam pertemuan tersebut YBrs. Dr. Muhammad Yamin Ismail (JAKIM), Sahibus Saadah Tn. Hj. Kamaruddin Adam, Ketua Penolong Mufti (JMNPk), para pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).
1 2 3

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel