IPOH, 13 November- Diketuai oleh AF Ust Nor Izwan bin Hamdan serta dibantu 2 pelajar industri Universiti Malaya iaitu Muhammad Rashidi bin Mohamed Zubir dan Umar Abdul Aziz, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak telah menerima jemputan bagi Program Cerapan Matahari sempena Minggu STEM dan VOTEK 2024 yang berlangsung SMK Lahat ,Ipoh Perak.

Program cerapan ini bermula pada 10:00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disertai oleh 250 pelajar dari tingkatan 1 – 5 dan 10 orang guru. Dalam program cerapan ini para peserta telah diberikan peluang mencerap suar matahari (solar flare) dan aktiviti melihat tompok hitam matahari (sunspot). Dengan itu, Pihak Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMK Lahat diatas jemputan bagi memeriahkan lagi program y.ang dianjurkan ini.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel