KARAI, 13 Oktober 2025 - Telah berlangsungnya sebuah program yang diberi nama Bengkel Pengukuhan Media Sosial Kerjasama Lima Wilayah Pattani dan Negeri Perak Tahun 2025. Program ini telah dihadiri oleh kira-kira 20 orang pelajar dari pondok-pondok sekitar Wilayah Pattani, Thailand.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Turut hadir dalam bengkel ini ialah Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Perak.

Bengkel yang telah berlangsung selama 4 hari ini telah memberikan pendedahan berkaitan media sosial kepada pelajar-pelajar yang dikendali oleh tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang media sosial antaranya Ustaz Hafiz Zafarani, Ustaz Uwais Al-Qarni dan pengajar-pengajar yang lain.

Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada para peserta untuk memperkasakan lagi media sosial rasmi pusat pengajian masing-masing.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel