WANG PENCEN, KWSP, DIVIDEN SAHAM DAN HUTANG SI MATI. ADAKAH TERMASUK DALAM HARTA PUSAKA?

Permasalahan

Antara kewajipan yang perlu disegerakan selepas kematian seseorang ialah membahagi-bahagikan harta pusaka. Seringkali berlaku pertelingkahan dalam masyarakat mengenai hal pembahagian harta pusaka ini.

Kekeliruan sering timbul dalam beberapa perkara sama ada harta tersebut termasuk dalam harta yang perlu difaraidhkan atau tidak seperti:-

  1. Wang pencen
  2. Insuran si mati
  3. Wang pampasan si mati
  4. KWSP
  5. Wang simpanan bank
  6. Kutipan sewa dari harta si mati
  7. Hutang si mati yang telah dibayar
  8. Dividen

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 16 Rabi‘ulawwal 1420H bersamaan 29 Julai 1999 buat kali ke 146 berpandangan:-

  1. Wang pencen si mati adalah bukan harta pusaka.
  2. Wang Premium Insuran si mati adalah harta pusaka manakala wang ganjaran adalah bukan harta pusaka.
  3. Wang pampasan si mati bukan harta pusaka.
  4. KWSP adalah harta pusaka.
  5. Wang simpanan bank si mati adalah harta pusaka selain wang faedah.
  6. Kutipan sewa dari harta si mati adalah termasuk harta pusaka.
  7. Hutang si mati yang telah dibayar termasuk dalam harta pusaka.
  8. Dividen ASN/ASB termasuk dalam harta pusaka.

Print Email