Print Email

CARA MEMBELANJAKAN WANG FAEDAH BANK

Permasalahan

Allah SWT telah mengharamkan riba. Terdapat banyak istilah mengelirukan masyarakat Islam yang digunakan untuk menggantikan perkataan riba seperti bunga dan faedah walaupun hakikatnya adalah sama.

Wang faedah yang diperolehi daripada wang yang disimpan di dalam bank konvensional adalah termasuk dalam istilah riba yang diharamkan oleh Islam. Apakah langkah yang sepatutnya dilakukan dalam membelanjakan wang-wang faedah tersebut?

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 2 Rejab 1420H bersamaan 12 Oktober 1999 buat kali ke 147 berpandangan:-

“Wang faedah simpanan bank boleh digunakan untuk perkara-perkara yang hina dan digunakan untuk maslahat umum seperti membina pagar dan pintu pagar masjid, membina tempat letak kereta (untuk kegunaan ramai), membina jalan, tandas dan sebagainya yang bersangkutan dengan kepentingan ramai.”

Print Email

WANG PENCEN, KWSP, DIVIDEN SAHAM DAN HUTANG SI MATI. ADAKAH TERMASUK DALAM HARTA PUSAKA?

Permasalahan

Antara kewajipan yang perlu disegerakan selepas kematian seseorang ialah membahagi-bahagikan harta pusaka. Seringkali berlaku pertelingkahan dalam masyarakat mengenai hal pembahagian harta pusaka ini.

Kekeliruan sering timbul dalam beberapa perkara sama ada harta tersebut termasuk dalam harta yang perlu difaraidhkan atau tidak seperti:-

  1. Wang pencen
  2. Insuran si mati
  3. Wang pampasan si mati
  4. KWSP
  5. Wang simpanan bank
  6. Kutipan sewa dari harta si mati
  7. Hutang si mati yang telah dibayar
  8. Dividen

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 16 Rabi‘ulawwal 1420H bersamaan 29 Julai 1999 buat kali ke 146 berpandangan:-

  1. Wang pencen si mati adalah bukan harta pusaka.
  2. Wang Premium Insuran si mati adalah harta pusaka manakala wang ganjaran adalah bukan harta pusaka.
  3. Wang pampasan si mati bukan harta pusaka.
  4. KWSP adalah harta pusaka.
  5. Wang simpanan bank si mati adalah harta pusaka selain wang faedah.
  6. Kutipan sewa dari harta si mati adalah termasuk harta pusaka.
  7. Hutang si mati yang telah dibayar termasuk dalam harta pusaka.
  8. Dividen ASN/ASB termasuk dalam harta pusaka.

Print Email

Collection of articles Minda Mufti :
NOTES:- All the articles are available only in Bahasa Melayu format ONLY.

Print Email