KUALA LUMPUR, 8 Julai - Seramai 39 ahli rombongan telah menyertai Lawatan Keilmuan Falak ke Galeri Pameran Lembaga Juruukur Tanah, Taman Melawati di sini. Lawatan yang bermula pada jam 2 petang turut disertai oleh SS Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato'. Haji Zamri bin Hashim. Lawatan ini dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak yang diurus setiakan oleh Bahagian Falak sempena sambutan Bulan Falak Malaysia sepanjang bulan Muharram 1447H ini.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email