IPOH, 18 APRIL - Telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 Jabatan Mufti Negeri Perak yang telah berlangsung di MES Pegawai Kanan Polis di Ipoh. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 kepada penerima-penerima yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan diiringi oleh Sahibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

Senarai penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 Jabatan Mufti Negeri Perak adalah seperti berikut:
1) Ustaz Mohd Hafiz bin Sulaiman, Pegawai Hal Ehwal Islam S10 (Ketua Bahagian Maktabah)
2) Ustazah Nurul Asma binti Ramly, Pembantu Hal Ehwal Islam S1 (Unit Buhuth,Bahagian Fatwa)
3) Encik Muhammad Hazim Haikal bin Mazlan, Pembantu Tadbir (P/O) N1 (Unit Pusat Sumber, Bahagian Maktabah)

Selain itu, majlis juga menyampaikan Surat Kenaikan Pangkat Secara One-Off kepada penerima-penerima seperti berikut :
1) Tn. Haji Kamaruddin Bin Adam atas kenaikan pangkat secara one-off sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S13 (Memangku) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Mufti Negeri Perak bermula 7 April 2025
2) Tn. Haji Mohamad Faizal Bin Jani atas kenaikan pangkat secara one-off sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S12 (Memangku) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak bermula 7 April 2025

Jabatan ini mengucapkan tahniah kepada semua penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan penerima-penerima Kenaikan Pangkat Secara One-Off. Semoga dengan penghargaan kecemerlangan ini, dapat meningkatkan semangat kepada penerima-penerima dan warga Jabatan Mufti Negeri Perak agar misi dan visi jabatan dapat dicapai dengan jayanya seterusnya syiar Islam dapat berkembang seiring dengan arus modenisasi.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email