Sorry, there is no news for the moment. Thank you.
 |
KUALA KANGSAR, 12 JUN 2023: Sekitar program Majlis Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah bersama Syeikh Dr. Ahmad Mamdouh yang berlangsung di Masjid Tuanku Bainun, Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. |
Program bermula jam 10:30 pagi dengan sesi pendaftaran dan diikuti ketibaan Dif-Dif Jemputan. Tajuk ceramah utama oleh Syeikh Dr. Ahmad Mamdouh (Ahli Majlis Fatwa Mesir) adalah "Bagaimana Usuli Memahami Masalah Bidaah. Manakala penterjemahan oleh Al-Fadhilah al-Shaykh Mohd Nazrul Bin Hj. Abd Nasir Al-Azhari, Mudir Zawiyah Nasiriyyah, Kedah. Program berakhir jam 1:00 petang. |
Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
BATU GAJAH, 6 MEI 2023: Sekitar Aktiviti Cerapan Gerhana Bulan Penumbra di Taman Raia Savanna, Batu Gajah, Perak. Gerhana Bulan Penumbra akan berlaku pada 5-6 Mei 2023 M / 15 Syawal 1444H ( Jumaat-Sabtu ). Gerhana ini akan dapat dilihat di seluruh Asia termasuklah Malaysia, Indonesia, Brunei hinggalah ke Mekah. Bagi Malaysia khususnya negeri Perak, kita akan dapat melihat gerhana ini bermula pada jam 11.14 p.m (23.14) dan berakhir pada jam 3.31 a.m (03.31). Manakala kemuncak gerhana adalah pada jam 1.22 a.m ( 01.22) dengan bulan akan memasuki bayang penumbra sehingga magnitud penumbra 0.96 dan hanya kurang pada kedudukan magnitud 0.04 saja dari bayang umbra. Tempoh masa berlakunya gerhana ialah 4 jam 17 minit. |
Gerhana Bulan Penumbra adalah gerhana yang boleh dilihat dengan mata kasar. Namun ia perlu dilihat dengan teliti kerana kesan gerhana penumbra adalah kurang jelas berbanding gerhana bulan separa atau penuh. Ini kerana bulan hanya ditutupi oleh bayang penumbra iaitu bayang cerah bumi yang akan jatuh pada permukaan bulan. Bagi melihat gerhana ini, kita boleh merujuk kedudukan bulan yang berada pada fasa bulan penuh tinggi di langit timur. Kemudian perlahan-lahan permukaan bulan disebelah timur akan menjadi sedikit malap. Sehingga kemuncak gerhana pada jam 1.22 a.m ( 01.22), ketika itu cahaya bulan akan berkurang pada kedudukan maksimum. Selepas itu bulan akan semakin cerah sehinggalah tamat gerhana. Solat sunat khusuf (gerhana bulan) TIDAK DIHARUSKAN kerana gerhana bulan kali ini tidak jelas kerana hanya berlaku pada fasa penumbra. Namun Jabatan Mufti Negeri Perak menyarankan agar umat Islam dapat menghayati Gerhana Bulan Penumbra ini sebagai salah satu dari tandatanda kebesaran Allah S.W.T dalam keadaan umat Islam masih lagi berada dalam bulan Syawal. |
Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
IPOH, 13 APRIL 2023: Program World Quran Hour Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama Agensi Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak telah berlangsung di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Program ini adalah kerjasama bersama Agensi Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak seperti Jabatan Mufti Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Zakat Perak-MAIPk) |
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menghuraikan pengertian surah al Insan pada sesi tadabbur sempena World #QuranHour. Berkongsi nilai Surah Al-Insan sempena program World #QuranHour di sini, beliau berkata, kuasa dan kedudukan itu hanyalah pinjaman di dunia semata-mata bagi menguji tahap keimanan seseorang mukmin terhadap ALLAH. Beliau berkata, pengertian dalam Surah Al-Insan ayat 1 hingga 31 yang dipilih pada tahun ini boleh dijadikan inspirasi paling besar bagi semua penjawat awam. Katanya, surah itu juga relevan dalam keadaan sifat kemanusiaan seperti kasih sayang dan amanah dalam pekerjaan semakin kering dan kontang. "Dari ayat pertama lagi, sekiranya penjawat awam itu berpangkat tinggi, jangan sombong. Kalau kita berpangkat biasa, kita boleh menyaingi pangkat tinggi dengan meletakkan kedudukan kita di akhirat," katanya. |
Program World #QuranHour yang masuk tahun ketiga dijayakan Pejabat Mufti Perak itu disertai lebih 300 pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Agensi Agama Islam Negeri. Hadir sama, Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Nor Sham Rahman. Penganjuran tahun ini lebih bermakna kerana dapat bekerjasama dengan pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Usaha ini akan teruskan pada tahun-tahun akan datang dalam skala lebih besar untuk membudayakan mengaji dan mengkaji ayat-ayat al-Quran di semua peringkat masyarakat negeri ini. Program berakhir sekitar jam 1 petang.
 |
Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
SEGARI, 31 MAC 2023: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) telah menganjurkan Program Cerapan Bulan Bersama SMKA Kerian Tahfiz Model Ulul Albab di Baitul Hilal |
Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
SEGARI, 22 MAC 2023: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) telah menganjurkan Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1444H / 2023M. |
Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
IPOH, 10 Mac 2023: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) telah menganjurkan Kursus Kemahiran Komunikasi Dan Bahasa Badan Persuasif yang dihadiri oleh 18 orang panel dan 5 orang staf Jabatan Mufti Negeri Perak dikendalikan oleh Dr Syed Faizal Sitheek Rahman dan Dr Syafiqah Nadhirah Binti Iskandar dari Syed Faizal Training & Consultant |
Bengkel tiga hari ini dihadiri 15 penyelaras sumber maklumat dari pelbagai bahagian JMNPk. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penyelarasan tugas setiap bahagian bagi menghasilkan bahan-bahan terbitan yang berkualiti. |
Kursus ini dianjurkan bertujuan melatih dan membimbing kemahiran komunikasi, ilmu pengaruh dan bahasa badan para panel dalam runding cara aqidah atau sesi Istitabah terhadap pemohon yang memohon pengisytiharan bukan lagi beragama Islam di Mahkamah Syariah Negeri Perak.
Semoga usaha ini sedikit sebanyak membantu para panel menjalankan dakwah atau sesi Istitabah dengan lebih efektif dan progresif pada masa akan datang, InshaAllah.
Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
KUALA KANGSAR, 6 Januari 2023: Satu program Liqa' Fikri bersama Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Dan Mufti Negeri Perak telah berjaya dilaksanakan di Auditorium Universiti Sultan Azlan Shah. Salah satu intipati program tersebut adalah larangan ahli politik untuk menyampaikan ucapan atau mengadakan akiviti di masjid dan surau di Perak dilaksanakan bagi memastikan umat Islam tidak berpecah belah. |
Menurut ucapan Mufti Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menitahkan larangan aktiviti politik di rumah ibadat untuk memastikan masjid dan surau menjadi medan penyatuan umat Islam. Beliau juga menekankan perbezaan dan itu pasti dilalui oleh mana-mana masyarakat Muslim. Namun selesai pilihan raya kita kena kembali kepada asal usul umat ini, kita mesti bersatu padu. |
Mufti juga berkata rakyat perlu bersatu-padu untuk melupakan perbezaan politik itu ialah masjid dan surau sepertimana titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang ingin memelihara perpaduan, merapatkan semula hubungan maka dilarang politik kepartian di masjid dan surau.
Hadir sama pada program itu, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Datuk Nooh Gadot sebagai panel manakala Felo Pengajian Islam Oxford dan Ahli Lembaga Pengarah USAS, Datuk Afifi Al-Akiti sebagai moderator.
Sultan atau pemerintah berperanan sebagai ulil amri yang menjadi tonggak kepada usaha memelihara perpaduan negara.
Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
TAIPING, 21 Disember 2022: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) telah menganjurkan Bengkel Soal Jawab Info Grafik, Penyediaan Buku Laporan Tahunan 2022 dan Dokumentari Tan Sri Harussani di Hotel Novotel Taiping. |
Bengkel tiga hari ini dihadiri 15 penyelaras sumber maklumat dari pelbagai bahagian JMNPk. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penyelarasan tugas setiap bahagian bagi menghasilkan bahan-bahan terbitan yang berkualiti. |
Bengkel ini dibahagikan kepada empat sesi iaitu Bengkel Asas Penulisan Berita yang dikendalikan oleh pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) (Mohd Daly Daud), Bengkel Soal Jawab Info Grafik dan Bengkel Penyediaan Buku Laporan Tahunan 2022 (Muhammad Norhafizi Ahmad Rais) dan Bengkel Dokumentari Tan Sri Harussani (Zainuddin Mohammad).
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Maktabah JMNPk Mohd Hafiz Sulaiman. Dalam ucapannya, beliau berharap bengkel yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada peserta dalam menentukan kaedah dan format sesuatu bahan penulisan. Tambahnya lagi, usaha menerbitkan maklumat berkualiti perlu diteruskan bagi memberi pencerahan dan bimbingan kepada masyarakat Islam khususnya di negeri Perak
Beliau turut mengemukakan analogi peristiwa Nabi Sulaiman AS dan burung hud-hud dalam menterjemahkan maklumat penting dan berguna kepada masyarakat disamping berusaha untuk meninggikan syiar Islam di negeri Perak.
Para peserta jelas berpuashati dengan input bengkel yang diperolehi dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.
Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.