 |
KUALA KANGSAR, 6 Januari 2023: Satu program Liqa' Fikri bersama Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Dan Mufti Negeri Perak telah berjaya dilaksanakan di Auditorium Universiti Sultan Azlan Shah. Salah satu intipati program tersebut adalah larangan ahli politik untuk menyampaikan ucapan atau mengadakan akiviti di masjid dan surau di Perak dilaksanakan bagi memastikan umat Islam tidak berpecah belah. |
Menurut ucapan Mufti Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menitahkan larangan aktiviti politik di rumah ibadat untuk memastikan masjid dan surau menjadi medan penyatuan umat Islam. Beliau juga menekankan perbezaan dan itu pasti dilalui oleh mana-mana masyarakat Muslim. Namun selesai pilihan raya kita kena kembali kepada asal usul umat ini, kita mesti bersatu padu. |
Mufti juga berkata rakyat perlu bersatu-padu untuk melupakan perbezaan politik itu ialah masjid dan surau sepertimana titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang ingin memelihara perpaduan, merapatkan semula hubungan maka dilarang politik kepartian di masjid dan surau.
Hadir sama pada program itu, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Datuk Nooh Gadot sebagai panel manakala Felo Pengajian Islam Oxford dan Ahli Lembaga Pengarah USAS, Datuk Afifi Al-Akiti sebagai moderator.
Sultan atau pemerintah berperanan sebagai ulil amri yang menjadi tonggak kepada usaha memelihara perpaduan negara.
Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
TAIPING, 21 Disember 2022: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) telah menganjurkan Bengkel Soal Jawab Info Grafik, Penyediaan Buku Laporan Tahunan 2022 dan Dokumentari Tan Sri Harussani di Hotel Novotel Taiping. |
Bengkel tiga hari ini dihadiri 15 penyelaras sumber maklumat dari pelbagai bahagian JMNPk. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penyelarasan tugas setiap bahagian bagi menghasilkan bahan-bahan terbitan yang berkualiti. |
Bengkel ini dibahagikan kepada empat sesi iaitu Bengkel Asas Penulisan Berita yang dikendalikan oleh pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) (Mohd Daly Daud), Bengkel Soal Jawab Info Grafik dan Bengkel Penyediaan Buku Laporan Tahunan 2022 (Muhammad Norhafizi Ahmad Rais) dan Bengkel Dokumentari Tan Sri Harussani (Zainuddin Mohammad).
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Maktabah JMNPk Mohd Hafiz Sulaiman. Dalam ucapannya, beliau berharap bengkel yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada peserta dalam menentukan kaedah dan format sesuatu bahan penulisan. Tambahnya lagi, usaha menerbitkan maklumat berkualiti perlu diteruskan bagi memberi pencerahan dan bimbingan kepada masyarakat Islam khususnya di negeri Perak
Beliau turut mengemukakan analogi peristiwa Nabi Sulaiman AS dan burung hud-hud dalam menterjemahkan maklumat penting dan berguna kepada masyarakat disamping berusaha untuk meninggikan syiar Islam di negeri Perak.
Para peserta jelas berpuashati dengan input bengkel yang diperolehi dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.
Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
MEDAN, INDONESIA - 1 DISEMBER 2022 - Sahibus Samahah, Mufti Negeri Perak, Malaysia, Dato’ Haji Wan Zahidi Wan Teh telah diberi penghormatan untuk memberikan ucaptama pada majlis Multaqo Ulama Se - Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Wilayah Al Jam’iyatul Washliyah Provinsi Sumatera Utara di Hotel Madani Medan. |
Bahagian Pentadbiran, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
MANJUNG 29 NOVEMBER 2022 - Program Simposium Pendidikan Islam: Tasawuf dan Tarekat telah berlangsung di Dewan Khatulistiwa, UniKL MIMET, Lumut Perak, anjuran Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Manjung, UniKL MIMET, Nahdhatul Ulama' Malaysia (NA'AM) dan Akademi Warisan Nusantara (AWAN). Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Sohibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak mewakili Sohibus Samahah Mufti Perak. Simposium ini juga telah disempurnakan perasmiannya oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung. |
Program simposium kali ini telah membincangkan tajuk-tajuk yang menarik dan menampilkan beberapa tokoh ilmuan hebat tanah air, antaranya:
Slot 1 - (Kepentingan Amalan Tarekat Sebagai Penyucian Hati): Prof. Madya Dr. Muhammad Khairi Mahyuddin,Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Slot 2 - (Isu-Isu Tarekat) Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Slot 3 - (Isu-Isu Kesufian) Ustaz Muhammad Iqbal bin Zain Al-Jauhari, Pembimbing Majlis Taalim Darul Mujtaba
Sesi Penggulungan - Tuan Guru Ahmad Ridouddin bin Abd Wahab. Rais Am Nahdhatul Ulama' Malaysia.
Alhamdulillah program yang telah mendapat perhatian pelbagai pihak ini juga turut disiarkan secara langsung di laman Facebook dan Youtube rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Besarlah harapan kami agar program seperti ini dapat diadakan lagi dan akan mendapat sambutan yang lebih hebat pada masa akan datang.
Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
IPOH 29 & 30 OKTOBER 2022 - Peperiksaan Tauliah Mengajar (Agama Islam) Negeri Perak Tahun 2022 telah berlangsung di Kompleks Islam Darul Ridzuan selama 2 hari pada Sabtu dan Ahad. Peperiksaan pada kali ini telah melibatkan seramai 103 orang calon guru tauliah dengan pantauan pengawas seramai 11 orang warga Jabatan Mufti Negeri Perak. Peperiksaan telah berjalan lancar. |
Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
SEGARI 27 SEPTEMBER 2022 - Program Rukyah Hilal Rabi’ul Awwal 1444h / 2022m bersama komuniti telah diadakan pada Selasa (27 September 2022 / 30 Safar 1444H) di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Segari.Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik BAKIP (MATAQAB), Ipoh atas kerjasama dan kehadiran memeriahkan program ini. |
Peralatan yang digunakan untuk cerapan adalah seperti berikut:
Sharpstar 100 ED Telescope + Sony Alpha 7 iii
Leica Theodolite
Topcon Theodolite
Seramai 4 orang pegawai telah melakukan cerapan pada waktu seperti berikut:
Ijtimak : 5.54 pm (26.9.2022)
Umur Hilal: 38 jam 27 minit
Matahari terbenam : 7.11 pm
Bulan terbenam : 8.21 pm
Status Hilal: Telah mula kelihatan pada jam 8.03 malam.
Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
NEGERI SEMBILAN, 2 SEPTEMBER 2022 - Program Lawatan Kerja Jabatan Mufti Negeri Perak ke Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi membincangkan Enakmen Tariqat & Pelaksanaannya oleh Ketua Bahagian Tariqat Tasauwuf, AL Fadhil Ustaz Syaiful Nizam Bin Mohd Jan. |
AL Fadhil Ustaz Syaiful Nizam menerangkan fungsi Bahagian Tariqat tasauwuf dalam menguruskan pendaftaran dan perakuan tariqat-tariqat di seluruh kawasan Negeri Sembilan. Bahagian Tariqat Tasauwuf JMKN NS juga menubuhkan anggota jilsah al turuq as sufiyyah yang terdiri daripada 5 orang pengkaji dan pengamal dalam membantu gerak kerja bahagian Tariqat & Tasauwuf JMKN NS. Perbincangan turut berkisar mengenai isu pemberhentian operasi beberapa tariqat yang menyeleweng daripada fahaman Islam sebenar mengikut garis panduan yang disediakan oleh pihak JMKN NS. Program berakhir pada jam 12:00 tengahari.
Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
IPOH, 26 OGOS 2022 - Bengkel PIC Web ini telah berlangsung di bilik mesyuarat JMNPk pada jam 3:00 petang yang melibatkan semua PIC Web dan PIC Penerbitan daripada Bahagian Fatwa, Falak, Maktabah dan Pentadbiran. |
Bengkel ini diadakan pada hari Jumaat setiap bulan bagi membincangkan topik kandungan laman web yang perlu dikemaskini bagi mematuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU dan PSUK. Bengkel ditangguhkan pada jam 4:40 petang.
Sumber: Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.
 |
IPOH, 26 OGOS 2022 - Mufti Kerajaan Negeri Perak, SS Dato’ Hj Wan Zahidi bin Wan Teh telah hadir bersama kepimpinan Kerajaan Negeri Perak mengiringi DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan dalam Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2022 yang telah berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh. |
Turut serta dari kalangan tenaga kerja Jabatan Mufti Negeri Perak di dalam majlis ini adalah SS Timbalan Mufti Negeri Perak bersama beberapa orang pegawai. Moga majlis ini membawa keberkatan dan rahmat khususnya untuk Negeri Perak dan seluruh Malaysia amnya.
Sumber: Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.