Unit Kiblat / Takwim
TERAS STRATEGIK: Memperkukuhkan Ilmu Falak Secara Dinamik Sebagai Rujukan Yang Berautoriti Dalam Kalangan Masyarakat
STRATEGIK TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Memantapkan Pembangunan Falak di Negeri Perak 1) Penetapan Arah Kiblat:
  1. Pengesahan arah kiblat bagi masjid dan surau baru dibina;
  2. Semakan semula masjid dan surau sedia ada atau baik pulih;
  3. Semakan dan pengesahan arah kiblat di tanah perkuburan;
2) Melaksanakan Cerapan Hilal:
  1. Cerapan rasmi hilal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah;
  2. Cerapan tidak rasmi di setiap awal bulan Hijrah.
3) Menyediakan Data-Data Statistik:
  1. Data dan laporan arah Kiblat;
  2. Kenampakan Hilal.
Memasyarakatkan Ilmu Falak 1) Menerbitkan:
  1. Menyusun dan mengeluarkan takwim solat;
  2. Menyusun takwim Imsak dan Berbuka Puasa;
  3. Buku dan risalah berkaitan ilmu Falak.
2) Membangunkan aplikasi Falak dalam web rasmi jabatan.

 
Unit Cerapan / Kajian
TERAS STRATEGIK: Memperkukuhkan Ilmu Falak Secara Dinamik Sebagai Rujukan Yang Berautoriti Dalam Kalangan Masyarakat .
STRATEGIK TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Penyelidikan dan Pendidikan Falak Berpusat 1. Melaksanakan Kajian dan Penyelidikan Ilmu Falak dari perspektif al-Quran dan As-Sunnah:
  1. Kajian sudut waktu Subuh dan Asar;
  2. Kajian Gerhana Matahari;
  3. Kajian waktu Zawal matahari harian;
  4. Kajian pelaksanaan ibadah solat dan puasa dari sudut waktu dan kiblat dalam penerbangan, bangunan tinggi, kapal dan angkasa.
2) Melaksanakan Kajian dan Penyelidikan Ilmu Falak dari sudut teknikal:
  1. Kajian terhadap tokoh dan manuskrip (Ilmu Falak) sarjana Islam;
  2. Kajian terhadap kriteria baru Imkanur Rukyah;
  3. Kajian jam matahari;
  4. Kajian Kecerahan Langit;
  5. Kajian data-data matahari dan bulan ketika gerhana;
3) Mengurus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Falak Negeri Perak.
Membangunkan Balai Cerap Negeri Perak 1) Melaksanakan pembangunan bagi mewujudkan:
  1. Pusat Falak dan Galeri Falak;
2) Mewujudkan tempat khas bagi peralatan dan instrument Falak;
3) Mewujudkan rangkaian secara online antara Balai Cerap Negeri-Negeri.
 Melahirkan Masyarakat Celik Falak
  1. Melaksanakan program Falak untuk masyarakat awam, pelajar sekolah dan IPT.
  2. Melaksanakan seminar, kursus dan bengkel Falak di peringkat Negri dan Kebangsaan.
  3. Membangunkan modul pendidikan dan pembelajaran untuk Kelab Falak Sekolah dan IPT.
  4. Mewujudkan Kelab Falak.
  5. Mengadakan aktiviti cerapan kepada masyarakat.
  6. Mengadakan pameran Falak.

Cetak Emel