Laman Web Rasmi Jabatan Mufti merupakan medium rasmi jabatan yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat serta perkhidmatan dengan lebih berkesan kepada rakyat secara atas talian. Laman web ini mengandungi maklumat mengenai sejarah jabatan, info terkini, persoalan dan jawapan kepada permasalahan serta isu-isu semasa yang ingin disampaikan kepada rakyat sebagai makluman dan rujukan.
Fungsi Utama Jabatan Mufti adalah:
- Membantu dan Menasihati Sultan dalam Hukum Syarak
- Memberi Nasihat sebagai Agensi Utama Kerajaan
- Menjawab Permasalahan Hukum Semasa
Objektif Bahagian-Bahagian Jabatan Mufti:
- Fatwa - Menerajui Pusat Pengurusan fatwa dan penjelasan Hukum Syarak.
- Falak -Menjadi Pusat rujukan, pendidikan dan penyelidikan dalam isu-isu yang berkaitan dengan ilmu falak
- Maktabah - Menjadi Pusat rujukan, informasi dan hal ehwal korporat jabatan
- Pentadbiran - Menguruskan sistem pentadbiran yang cekap dan efisien