Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Mufti Negeri Perak Bagi Tahun 2024
(Disember 2024)

Kami berikrar dengan izin Allah untuk:

Bil. Piagam Pelanggan
Pengukuran Pencapaian Peratusan / Pencapaian Terkini
1. Memastikan semua kertas kerja permohonan/isu yang diterima, dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada suku tahun yang berkenaan. 4 kali Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi tahun semasa.

4 kali 100%
(1) Mesyuarat Fatwa Kali Ke-234 pada 29 April-1 Mei 2024
(2) Mesyuarat Fatwa Kali Ke-235 pada 28 Julai - 30 Julai 2024
(3) Mesyuarat Khas Fatwa Bil 1/2024 pada 15 Oktober 2024
(4) Mesyuarat Fatwa Kali Ke-236 pada 12-14 Disember 2024

2. Mengurus Permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak Proses pengurusan Pentauliahan merangkumi fasa-fasa berikut:
i.Fasa Pertama:
  -Penerimaan dan semakan lengkap
    borang permohonan.

ii.Fasa Kedua:
  -Ujian bertulis

iii.Fasa Ketiga:
  -Ujian Lisan

iv.Fasa Keempat:
  -Terima Sijil Tauliah

Fasa ke-4 - 100%
Permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak Sesi 2023/2024
Baharu: 174 permohonan
Mengulang:149 permohonan

Selesai menduduki ujian lisan khas: 10 Calon

Penyambungan tempoh sah Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak mulai 2 April 2024 hingga 1 April 2029 (5 tahun) = 1178 pemegang tauliah.

Sebanyak 2,233 Sijil Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak telah dikeluarkan sehingga 15 Disember 2024.

Ujian bertulis Tauliah Mengajar Agama Islam Tahun 2024
Bilangan Calon : 392 orang

Bilangan Penerima Watikah Tauliah 2024: 56 orang

Bilangan Penerima Muqabalah Mahabbah (Figura) 2024: 19 orang

3. Memproses permohonan mahkamah bagi melaksanakan runding cara Istitabah dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat. Jumlah permohonan melaksanakan sesi runding cara Istitabah (kembali kepada Islam).

Februari: 1 permohonan (1 kali runding cara istitabah)
Mac: 1 permohonan (kes) (telah menghadiri 3 kali sesi runding cara istitabah)
Mei: 2 permohonan (kes) (telah menghadiri 6 kali sesi runding cara istitabah)
Jun: 2 permohonan (kes) (telah menghadiri 5 kali sesi runding cara istitabah)
Julai: 1 permohonan (kes) (telah menghadiri 1 kali sesi runding cara istitabah)
Ogos: 0 permohonan (kes) (0 sesi runding cara istitabah)
September: 0 permohonan (kes) (0 sesi runding cara istitabah)
Oktober: 2 permohonan (kes) (5 sesi runding cara istitabah)
November: 2 permohonan (kes) (4 sesi runding cara istitabah)
Disember: 2 permohonan (kes) (4 sesi runding cara istitabah)

4. Menyelesaikan pengukuran arah kiblat yang lengkap permohonannya dalam tempoh 12 hari bekerja. Pengukuran arah kiblat adalah berdasarkan permohonan. Pengukuran arah kiblat bagi setiap permohonan akan diselesaikan dalam tempoh maksimum 12 hari dari tarikh permohonan telah diminit ke Bahagian Falak.

1. Surau Pejabat Etiqa Takaful Ipoh – 5.12.2024
2. Surau Baitulrrahman, Bagan Datuk – 10.12.2024
3. Surau Stesen Minyak Petron, Sungkai North Bound – 12.12.2024
4. Surau Stesen Minyak Petron Tapah – 12.12.2024
5. Surau RNR Teluk Intan Seksyen 8 Selatan, Teluk Intan – 12.12.2024
6. Surau Stesen Minyak Petronas Simpang Pulai – 19.12.2024
7. Surau Tengah Kampung Ara Panjang, Kuala Kangsar – 20.12.2024
8. Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor – 24.12.2024
9. Masjid Kampung Poh, Bidor – 24.12.2024
10. Surau Al Fahmi Kampung Poh Tambahan, Bidor - 24.12.2024
11. Madrasah Ubudiah Kampung Selabak, Teluk Intan – 27.12.2024

5. Menyediakan takwim solat yang lengkap untuk rujukan masyarakat 2 bulan sebelum masuk tahun masehi berikutnya.

Proses penyediaan takwim solat terbahagi kepada:-

Pra-bengkel:
1) Penyediaan template

Bengkel:
1) Pemindahan data
2) Penukaran format
3) Semakan pertama
4) Semakan terakhir
5) Pengesahan

Pasca-bengkel:
1) Hebahan

Peringkat Hebahan- 100%

6. Melaksanakan cerapan Hilal pada setiap akhir bulan Hijri. 12 kali cerapan Hilal bulan Hijri. 108.33%
1) 12 Januari 2024 (Jumaat) – Cerapan Rukyah Hilal Rejab 1445H
2) 10 Februari 2024 (Sabtu) - Cerapan Rukyah Hilal Syaaban 1445H
3) 10 Mac 2024 (Ahad) - Cerapan Rukyah Hilal Ramadan 1445H
4) 9 April 2024 (Selasa) - Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1445H
5) 9 Mei 2024 (Khamis) - Cerapan Rukyah Hilal Zulkaedah 1445H
6) 7 Jun 2024 (Jumaat) - Cerapan Rukyah Hilal Zulhijjah 1445H
7) 6 Julai 2024 (Sabtu) - Cerapan Rukyah Hilal Muharam 1446H
8) 5 Ogos 2024 (Isnin) - Cerapan Rukyah Hilal Safar 1446H
9) 4 September 2024 (Rabu) - Cerapan Rukyah Hilal Rabiulawal 1446H
10) 3 Oktober 2024 (Khamis) - Cerapan Rukyah Hilal Rabiulakhir 1446H
11) 1 & 2 November 2024 (Jumaat & Sabtu) - Cerapan Rukyah Hilal Jamadilawal 1446H
12) 1 & 2 Disember 2024 (Ahad & Isnin) - Cerapan Rukyah Hilal Jamadilakhir 1446H
13) 31 Disember 2024 (Selasa) - Cerapan Rukyah Hilal Rejab 1446H
7. Menguruskan penerbitan 10 artikel ilmiah setahun. Mengeluarkan artikel - artikel ilmiah berkaitan fatwa, falak dan isu - isu semasa. 1) Penentuan sesuatu organisasi sebagai Islam untuk dilantik sebagai amil zakat
2) Ekstrimisme menurut ahli sunah waljamaah
3) Puasa Arafah : Penyatuan Umat Lebih Utama Daripada Perselisihan Fiqh
8. Memuat naik liputan program dalam media rasmi jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja. Berdasarkan permintaan / program / isu yang diminta oleh pihak jabatan. Bilangan : 35 Liputan
9. Mengemaskini maklumat laman web jabatan dan Facebook rasmi dalam tempoh 3 hari berkerja selepas program. Berdasarkan permintaan / program seperti yang dinyatakan di taqwim jabatan dan isu - isu semasa. Jumlah pengemaskinian maklumat web = 7 permohonan
Jumlah post Facebook = 46

Cetak Emel