Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Mufti Negeri Perak Bagi Tahun 2022
(September 2022)

Kami berikrar dengan izin Allah untuk:

Bil. Piagam Pelanggan
Pengukuran Pencapaian Peratusan / Pencapaian
1. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dalam tempoh 10 hari bekerja. Selepas Mesyuarat Jawatan Kuasa Fatwa (4 kali setahun).

Tiada Mesyuarat

2. Memastikan semua kertas kerja permohonan/isu yang diterima, dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada suku tahun yang berkenaan. Semasa Mesyuarat Jawatan Kuasa Fatwa diadakan.

(Tiada Jumlah kertas kerja/permohonan diterima setakat 6/9/2022).

3. Urus Setia Pentauliahan Guru-Guru Agama Islam Negeri Perak sekali setahun Melaksanakan peperiksaan tauliah terhadap calon-calon yang memohon sekali setiap tahun.

Tiada peperiksaan.

4. Memproses permohonan mahkamah bagi melaksanakan runding cara Istitabah dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat. Jumlah permohonan melaksanakan sesi runding cara Istitabah (kembali kepada Islam).

Tiada permohonan diterima dan tiada sesi Istitabah setakat 6/9/2022

5. Menyelesaikan pengukuran arah kiblat yang lengkap permohonannya dalam tempoh 12 hari bekerja. Pengukuran arah kiblat adalah berdasarkan permohonan. Pengukuran arah kiblat bagi setiap permohonan akan diselesaikan dalam tempoh maksimum 12 hari dari tarikh permohonan telah diminit ke Bahagian Falak.

72.73% - 8 dari 11 pengukuran:

(1) 2 September di Surau Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar
(2) 7 September di Masjid Al-Hidayah Taman Desa Mekar, Parit Buntar
(3) 7 September di Musolla At Tazkiyah, Kuala Bagan Tiang, Parit Buntar
(4) 7 September di Surau Haji Shaari, Tanah Baru Utara Kuala Bagan Tiang, Parit Buntar
(5) 13 September di Surau Raudhatul Najah SK Telok Pial Kuala Kurau
(6) 13 September di Pusat Pengajian Agama Darussolihin Alkholidiyyah, Taiping
(7) 15 September di Surau Ar-Raudhah SK Pendita Za'ba Tapah Road, Tapah
(8) 28 September di Musolla An Nur, SK Bidor 2, Bidor

6. Menyediakan takwim solat yang lengkap untuk rujukan masyarakat 2 bulan sebelum masuk tahun masehi berikutnya.

Proses penyediaan takwim solat terbahagi kepada:-

Pra-bengkel:
1) Penyediaan template

Bengkel:
1) Pemindahan data
2) Penukaran format
3) Semakan pertama
4) Semakan terkahir

Pasca-bengkel:
1) Hebahan

66.67% - Pemindahan data, penukaran format dan semakan pertama telah dilaksanakan semasa Bengkel Waktu Solat Negeri Perak Bagi Tahun 2023M / 1444 – 1445H pada 14 – 16 Jun.

7. Melaksanakan cerapan Hilal pada setiap akhir bulan Hijri. 12 kali cerapan Hilal bulan Hijri.

75% - 27 September - Cerapan Hilal Rabi’ul Awwal 1444H

8. Menguruskan penerbitan 20 artikel ilmiah setahun. Mengeluarkan artikel - artikel ilmiah berkaitan fatwa, falak dan isu - isu semasa. Tiada Artikel
9. Memuat naik video rakaman program dalam media rasmi jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja. Berdasarkan permintaan / program / isu yang diminta oleh pihak jabatan. Tiada maklumat setakat 6/9/2022.
10. Mengemaskini maklumat laman web jabatan dan media sosial rasmi dalam tempoh 3 hari berkerja selepas program. Berdasarkan permintaan / program seperti yang dinyatakan di taqwim jabatan dan isu - isu semasa. Jumlah permohonan maklumat web = 4
Jumlah post Facebook = 79

Cetak Emel