IPOH, 2 November - Jabatan Mufti Negeri Perak mengadakan Program Kolokium Parameter Bid'ah bertempat di Di Casuarina @Meru, Ipoh. Program ini membincangkan beberapa perkara yang akan dijadikan sebagai panduan dalam urusan umat Islam khususnya di dalam Negeri Perak. |
Antara perkara yang dibincangkan dalam Dhawabith Bid'ah ialah Akidah, Fiqh dan Tasawwuf. Antara panel yang mendapat tempat dalam perbincangan ini ialah: 1. S.F Prof. Madya Dr. Fairooz b. Abdul Khir 2. S.F Ustaz Ahmad Fawwaz b. Hj. Fadzil 3. S.F Dr. Mohd Faizal b. Abdul Khir 4. A.F ustaz Kamal Izat b. Ahmad
JProgram ini turut diserikan lagi dengan kehadiran SS Dato' Hj. Zamri b. Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak. Program ini diseliakan oleh 5 orang kakitangan daripada Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perak. Program ini berakhir pada 3 November 2020.
Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.