IPOH, 25 FEBRUARI 2025 –Hari kedua Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berlangsung pada hari Selasa, 25 Februari 2025 bersamaan 26 Syaaban 1446H dimulai dengan majlis perasmian oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada sesi pagi dan diikuti dengan pembentangan ucaptama oleh Syeikh Dr. Usamah al-Sayyed Mahmood Muhammad Sa'ad al-Azhari bertajuk Disiplin Ilmu Tasawuf: Metodologi Pembinaan Manusiawi dan Pemeliharaan Watani. Pada sesi petang telah berlangsungnya pembentangan kertas kerja pertama, iaitu Integrasi Antara Disiplin Ilmu Fiqh dan Disiplin Ilmu Tasawuf Menurut al-Imam al-Ghazali oleh Prof Dr. al-Habib al-Sayyed Abdul Hamid bin Ali al-Mahdaly al-Husainy al-Azhari, Mantan Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali, (UNISSA) Brunei Darussalam. Seterusnya pembentangan kertas kerja kedua bertajuk Legasi Tasawuf Ulama Mazhab Maliki disampaikan oleh Sahibus Sa’adah Dato’ Dr. Muhammad Ayman al-Akiti dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada sesi malam pula diteruskan dengan sambungan Majlis Sama' Hadith "Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah" Oleh Dr. Yahya Abdul Razak Al-Ghawthani, Anggota Kesatuan Kejurulatihan dan Penasihatan Sedunia (INLPTA). |
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.