Ipoh, 21 April - Unit Kiblat & Cerapan, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak telah melaksanakan tugas pengukuran dan penandaan arah kiblat di beberapa lokasi yang telah ditetapkan iaitu Pusat Haemodialisis Ar-Ridzuan, Pejabat Perbadanan Ekonomi Islam Negeri Perak dan SK Jalan Panglima Bukit Gantang. Seramai 3 orang pegawai dan kakitangan unit ini telah terlibat yang terdiri daripada Ustaz Nor Izwan bin Hamdan, Ustaz Rashidi bin Zubir dan seorang pelajar praktikal iaitu Ustaz Humaidi.
|
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.