IPOH, 5 Julai 2025 – Sekitar Kemeriahan Program Falak on the Street yang berlangsung di Café Ruang Langit, Ipoh. Program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mencerap bulan serta mendekati dan memahami ilmu falak dengan lebih dekat.

Suasana santai di café yang bertemakan langit malam menjadikan pengalaman ini lebih istimewa, sambil menyemai minat masyarakat terhadap keindahan dan kehebatan ciptaan alam semesta. Program ini turut menarik minat pelbagai lapisan umur, daripada kanak-kanak hinggalah kepada warga emas.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel