PORT DICKSON, 8 Julai - Lawatan Keilmuan Falak diteruskan dengan siri lawatan ke Kompleks Baitulhilal Negeri Sembilan di Teluk Kemang, Port Dickson. Rombongan yang diketuai oleh SS Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato' Haji Zamri bin Hashim telah disambut oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Tuan Haji Zainal bin Said dan Ketua Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Rashidi bin Isa pada jam 9.45 malam di Dewan Mesyuarat, Kompleks Baitulhilal Negeri Sembilan.
|
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.