PORT DICKSON, 9 Julai - Sempena sambutan Bulan Falak Malaysia, Falak Perak tidak terkecuali merancang beberapa program falak di sekitar lokasi terpilih di Negeri Perak. "Kita akan bersama untuk menjayakan beberapa program falak terutamanya Karnival Falak Negeri Perak yang akan berlangsung di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar", demikian petikan ucapan SS Timbalan Mufti Negeri Perak sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Falak Sekolah di Negeri Perak. Mesyuarat yang dihadiri oleh guru-guru Kelab Falak dari sekolah terpilih ini turut disertai oleh Penolong Pengarah Unit Pembangunan Adab dan Nilai, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, AF Ustaz Norhanizam Mohd Tajuddin dan turut hadir adalah Yang DiPertua Persatuan Peminat Ilmu Falak Perak, Tuan Haji Mahruzaman bin Misran.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel