LUMUT, 28 Ogos - Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak mengetuai delegasi dari Jabatan Mufti Negeri Perak untuk kunjungan hormat kepada Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato' Baharudin bin Wan MD Nor. Turut hadir mengiringi dalam kunjungan hormat ini ialah Sahibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak dan Sahibus Fadhilah Ustaz Haji Kamaruddin bin Adam, Ketua Penolong Mufti Negeri Perak. Pelbagai tajuk perbincangan yang telah dibincangkan dalam kunjungan hormat ini terutamanya tentang sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia, jumlah anggota yang berada di dalam pangkalan di Lumut dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia itu sendiri. Kami di Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia atas segala kerjasama dalam pertemuan ini. Semoga dengan pertemuan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dari aspek jasmani dan rohani.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel