IPOH, 26 OKTOBER – Peperiksaan Tauliah Mengajar (Agama Islam) Negeri Perak 2025 telah berlangsung pada 25 dan 26 Oktober di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Peperiksaan ini dianjurkan bagi menilai kelayakan calon-calon yang memohon tauliah mengajar agama Islam di negeri Perak. Program ini diadakan setiap tahun sebagai usaha memastikan mutu penyampaian ilmu agama di negeri ini terus terpelihara.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel