TAPAH, 21 Oktober- Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak telah membuat pengukuran dan penentuan arah kiblat di Hospital Tapah, Perak. Semakan arah kiblat ini melibatkan 3 pegawai Bahagian Falak, 2 Pelajar Industri dan beberapa kakitangan Hospital Tapah. Sebanyak 20 lokasi termasuk 1 surau telah di buat penandaan arah kiblat oleh Bahagian Falak bagi setiap lokasi berkenaan.
Pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan kepercayaan pihak hospital mengenai penentuan kiblat oleh pihak Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak. .

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel