SEGARI, 2 Disember - Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak secara rutin melaksanakan kerja mencerap anak bulan atau lebih dikenali sebagai rukyah hilal. Pada kali ini rukyah hilal Jamadilakhir 1446 yang dilaksanakan di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang turut disertai oleh beberapa orang pelajar praktikal dari Universiti Malaya. Ustaz Nor Izwan sebagai pegawai yang menyelia kedua pelajar berkenaan telah memulakan sesi amali pemasangan teleskop bermula pada jam 5 petang dalam suasana hujan renyai. Turut sama dalam rukyah hilal kali ini adalah Ketua Bahagian Falak iaitu Ustaz Mohamad Faizal bin Jani serta Pembantu Falak Ustaz Mohd Tajuddin dan Ustaz Zainuddin.

“Dalam keadaan cuaca sebegini iaitu hujan dan berawan tebal, agak sukar untuk kerja cerapan anak bulan. Namun kita tetap berusaha andai ada rekahan awan yang akan memberikan peluang kita untuk melihat anak bulan”, ujar Ustaz Faizal.

Kelihatan usaha pencarian hilal tetap diteruskan hingga detik hilal terbenam mengikut bacaan data kira-kira jam 8 malam. Pada akhirnya, bersama cuaca yang tidak mengizinkan, data kenampakan anak bulan di Baitulhilal Pantai Pasir Panjang adalah tidak kelihatan disebabkan faktor cuaca.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel