SHAH ALAM, 5 Disember - Pada 4-5 Disember 2024 bersamaan 2-3 Jamadilakhir 1446H, telah berlangsungnya Bengkel Pemantapan Panel Istitabah Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Jabatan Mufti Negeri Selangor di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.

Bengkel ini dihadiri oleh seramai 15 orang Panel Jabatan Mufti Negeri Perak, 5 orang Panel Penasihatan Akidah Jabatan Mufti Negeri Selangor dan barisan pensyarah dari Universiti Malaya. Perkongsian yang bermutu dan menarik telah disampaikan oleh :
1. Professor Madya Dr Norrodzoh Binti Haji Siren, Ketua Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya 2. Professor Dr Khadijah Binti Mohd Khambali@Hambali, Pensyarah di Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya 3. Professor Madya Dr Syed Mohamad Hilmi Bin Syed Abdul Rahman, Pensyarah di Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya 4. Dr Azmil Bin Zainal Abidin, Pensyarah Kanan di Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya 5. Dr Mohd Syukri bin Zainal Abidin, Pensyarah Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya

Pihak jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pensyarah Universiti Malaya atas kesudian berkongsi ilmu dalam bidang kepakaran masing-masing. Semoga para panel beroleh manfaat dan ilmu yang dapat meningkatkan nilai ilmiah dalam mengendalikan sesi Istitabah di negeri Perak.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel