IPOH, 17 Disember - Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak, telah menjalin kerjasama dengan Persatuan Peminat Ilmu Falak Perak untuk melaksanakan pengukuran arah kiblat di Politeknik Ungku Omar. Semakan arah kiblat melibatkan dua pegawai dari Bahagian Falak, dua pelajar latihan industri, serta 17 ahli Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak.

Bagi memastikan kelancaran proses semakan, kesemua ahli dibahagikan kepada enam kumpulan. Ahli Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak memulakan penentuan kiblat pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sementara itu, Ustaz Nor Izwan bin Hamdan, Ketua Unit Cerapan dan Kiblat Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak bersama dua pelajar latihan industri, iaitu Ustaz Rashidi dan Ustaz Umar, memulakan penentuan kiblat pada pukul 9.00 pagi di beberapa surau di Politeknik Ungku Omar. Penentuan kali ini turut dihadiri oleh Ustaz Mohamad Faizal bin Jani, Ketua Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak dan Tuan Haji Mahruzaman bin Misran, Yang DiPertua Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak.

Sebanyak 67 pengukuran dilakukan melibatkan surau dan asrama kediaman mahasiswa dan mahasiswi. Pengukuran dilakukan dengan kaedah cerapan matahari dan pengukuran bayang matahari. Peralatan yang digunakan termasuklah Teodolit Topcon Dt200 dan Ruide RQS Total Station.

Pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan pihak pengurusan Politeknik Ungku Omar mengenai penentuan arah kiblat berserta jalinan kerjasama di antara Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak dalam penentuan arah kiblat.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel