• Home
  • News and Activities
  • berita
  • Berita 2025
  • Pembentangan modul bagi Akademi Kepemimpinan Al-Fatih (AKAF) Siri 4, Alumni Al-Fatih (ALAF), Kriteria Pemilihan Peserta AKAF 2026 dan Perbatuan Program AKAF & ALAF 2026.
Kaherah, Republik Arab Mesir, 21 April 2025 - Lawatan Kerja Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak ke Republik Arab Mesir bagi tahun 2025 telah bermula dengan lancar dan penuh kesyukuran. Delegasi diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak. Turut serta dalam delegasi ini ialah beberapa Anggota Jawatankuasa Fatwa dan Anggota Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak yang berperanan sebagai panel dalam sesi temuduga bersama pelajar negeri Perak nanti.

Delegasi bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.30 pagi dan transit di Doha sebelum meneruskan perjalanan ke Kaherah, Mesir. Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sekitar jam 4.50 petang waktu tempatan dan telah disambut oleh Pegawai Atase Pendidikan Perak Mesir, En. Mohammed Tasyreef bin Mohamad Tarmizi dan juga wakil dari kedutaan Malaysia Mesir, En Ameer Ikhwan Zaini ( Setiausaha - Hal Ehwal Agama). Para peserta kemudian nya mendaftar masuk di penginapan masing - masing sebelum diberikan masa untuk berehat selepas perjalanan jauh.

Pada sebelah malam, satu sesi makan malam dan taklimat telah diadakan bersama En. Mohammed Tasyreef . Beliau mengalu- alukan kedatangan kepada seluruh delegasi dan menyatakan penghargaan atas kehadiran mereka ke bumi Mesir. Beliau turut memberikan penerangan terperinci mengenai atur cara program sepanjang keberadaan delegasi di Mesir, termasuk jadual peperiksaan, sesi lawatan rasmi dan ilmiah, dan pertemuan bersama di institusi tempatan. Beliau menekankan kepentingan menjaga disiplin, mematuhi peraturan, serta menjaga nama baik negeri Perak dan negara Malaysia sepanjang program berlangsung.

Semoga perjalanan program ini terus dipermudahkan Allah SWT dan membawa manfaat besar buat semua yang terlibat.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

IPOH, 18 APRIL - Telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 Jabatan Mufti Negeri Perak yang telah berlangsung di MES Pegawai Kanan Polis di Ipoh. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 kepada penerima-penerima yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan diiringi oleh Sahibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

Senarai penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 Jabatan Mufti Negeri Perak adalah seperti berikut:
1) Ustaz Mohd Hafiz bin Sulaiman, Pegawai Hal Ehwal Islam S10 (Ketua Bahagian Maktabah)
2) Ustazah Nurul Asma binti Ramly, Pembantu Hal Ehwal Islam S1 (Unit Buhuth,Bahagian Fatwa)
3) Encik Muhammad Hazim Haikal bin Mazlan, Pembantu Tadbir (P/O) N1 (Unit Pusat Sumber, Bahagian Maktabah)

Selain itu, majlis juga menyampaikan Surat Kenaikan Pangkat Secara One-Off kepada penerima-penerima seperti berikut :
1) Tn. Haji Kamaruddin Bin Adam atas kenaikan pangkat secara one-off sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S13 (Memangku) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Jabatan Mufti Negeri Perak bermula 7 April 2025
2) Tn. Haji Mohamad Faizal Bin Jani atas kenaikan pangkat secara one-off sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S12 (Memangku) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak bermula 7 April 2025

Jabatan ini mengucapkan tahniah kepada semua penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan penerima-penerima Kenaikan Pangkat Secara One-Off. Semoga dengan penghargaan kecemerlangan ini, dapat meningkatkan semangat kepada penerima-penerima dan warga Jabatan Mufti Negeri Perak agar misi dan visi jabatan dapat dicapai dengan jayanya seterusnya syiar Islam dapat berkembang seiring dengan arus modenisasi.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

IPOH, 18 APRIL 2025 - Mesyuarat Felo Nadwah Ahli Sunah Waljamaah Negeri Perak Tahun 2025 telah berlangsung pada 18 April 2025 bertempat di AC Hotel, Ipoh, Perak.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

IPOH, 7 APRIL 2025 - Mesyuarat Pemantauan KPI Pengurusan Di Bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak BIL. 1/2025 telah mengisytiharkan beberapa anugerah bagi Jabatan-Jabatan Kerajaan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jabatan Mufti Negeri Perak telah menerima Sijil Kecemerlangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi kategori-kategori berikut : Pertama - Anugerah Penyelesaian 100% Aduan Biasa di dalam Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) Bagi Tahun 2024. Kedua - Anugerah 100%, 3 Hari Berkursus Bagi Tahun 2024. Ketiga - Anugerah Pematuhan Terhadap Kriteria Pemantauan Laman Web Dan Servis Kerajaan (SPLASK). Semua penghargaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama yang erat dari semua pihak. Bak kata pepatah "Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat". Semoga dengan penghargaan kecemerlangan ini, dapat meningkatkan semangat warga Jabatan Mufti Negeri Perak agar misi dan visi jabatan dapat dicapai dengan jayanya.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

IPOH, 26 Mac - Kunjung hormat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JPPAINPP) ke Jabatan Mufti Negeri Perak telah berlangsung pada hari Rabu, 26 Mac 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Ia bertujuan berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan pengurusan tauliah mengajar serta memperkasa jalinan kerjasama strategik antara kedua pihak.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email