KUALA LUMPUR, 26 Februari - SS Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh bersama SS Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato' Haji Zamri bin Hashim telah bersama-sama mengiringi siri lawatan Menteri Wakaf Republik Arab Mesir, As-Syeikh Profesor Dr. Usamah As-Sayyid Mahmud Muhammad Al-Azhari serta delegasi ke Menara Kuala Lumpur dan seterusnya menghantar kepulangan beliau di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Lawatan ke Menara Kuala Lumpur turut disertai oleh Menteri Hal Ehwal Agama dan Timbalan Ketua Pengarah JAKIM. Usai lawatan, rombongan terus ke Sama-Sama Hotel KLIA bagi persiapan delegasi untuk pulang ke Mesir. SS Mufti Perak telah meluangkan masa bersama Menteri Wakaf Republik Arab Mesir serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan perjalanan pulang beliau bersama delegasi. Sekitar jam 12. 30 malam, delegasi berangkat pulang dari ruang VVIP Lounge KLIA.

Semoga Allah merahmati kunjungan ini dan mengeratkan ukhuwah yang telah terjalin. Pihak urus setia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menguruskan keberadaan Menteri Wakaf tersebut di Malaysia khususnya di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

IPOH, 28 FEBRUARI 2025 – Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1446H telah berlangsung di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut pada 28 Februari 2025.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

IPOH, 26 FEBRUARI 2025 –Hari ketiga Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berlangsung pada hari Selasa, 26 Februari 2025 bersamaan 27 Syaaban 1446H dimulai dengan pembentangan kertas kerja 3 bertajuk al-Imam al-Nawawi: Kefaqihan dan Kesufian yang telah disampaikan oleh Syeikh Prof. Dr. Hussein Abed Awad al-Dalimi Mantan Ketua Jabatan Dakwah, Komunikasi dan Pemikiran, Fakulti al-Imam al-A'dzam, Universiti Anbar, Republik Iraq.

Sesi seterusnya dilanjutkan dengan pembentangan kertas kerja 4 bertajuk Ketokohan Syeikh Nawawi al-Bantani Dari Sudut Disiplin Ilmu Fiqh Dan Tasawuf yang telah disampaikan oleh Syeikh H. Rohimuddin Nawawi al-Jahary al-Bantani, Ketua Umum Rabithah Masyaikh Sufiah Nusantara. Pembentangan kertas kerja 5 pula bertajuk Ahli Tasawuf dan Perjuangan Ummah yang disampaikan oleh Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan sendiri iaitu Sahibus Samahah Dato' Seri Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh.

Seterusnya program diteruskan dengan Muhadharah Eksklusif bertajuk Integrasi Antara Disiplin Ilmu Fiqh Dan Ilmu Tasawuf Merealisasikan Kehidupan Beragama Yang Benar yang telah disampaikan oleh Dr. Syeikh Ahmad Hussein al-Azhari, Felo TABAH Foundation, Republik Arab Mesir dan pembentangan Resolusi Muzakarah oleh Sahibus Sa’adah Ustaz Y.M. Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali, Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Sesi petang diteruskan dengan sesi terakhir iaitu sambungan Majlis Sama' Hadith dan Pengijazahan Kitab: Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah oleh Dr. Yahya Abdul Razak al-Ghawthani, Anggota Kesatuan Kejurulatihan dan Penasihatan Sedunia (INLPTA) dan majlis bersurai.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

IPOH, 25 FEBRUARI 2025 –Hari kedua Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berlangsung pada hari Selasa, 25 Februari 2025 bersamaan 26 Syaaban 1446H dimulai dengan majlis perasmian oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada sesi pagi dan diikuti dengan pembentangan ucaptama oleh Syeikh Dr. Usamah al-Sayyed Mahmood Muhammad Sa'ad al-Azhari bertajuk Disiplin Ilmu Tasawuf: Metodologi Pembinaan Manusiawi dan Pemeliharaan Watani.
Pada sesi petang telah berlangsungnya pembentangan kertas kerja pertama, iaitu Integrasi Antara Disiplin Ilmu Fiqh dan Disiplin Ilmu Tasawuf Menurut al-Imam al-Ghazali oleh Prof Dr. al-Habib al-Sayyed Abdul Hamid bin Ali al-Mahdaly al-Husainy al-Azhari, Mantan Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali, (UNISSA) Brunei Darussalam. Seterusnya pembentangan kertas kerja kedua bertajuk Legasi Tasawuf Ulama Mazhab Maliki disampaikan oleh Sahibus Sa’adah Dato’ Dr. Muhammad Ayman al-Akiti dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada sesi malam pula diteruskan dengan sambungan Majlis Sama' Hadith "Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah" Oleh Dr. Yahya Abdul Razak Al-Ghawthani, Anggota Kesatuan Kejurulatihan dan Penasihatan Sedunia (INLPTA).


Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

IPOH, 24 FEBRUARI 2025 –Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berlangsung selama 3 hari di Pusat Konvensyen Casuarina, Casuarina@Meru, Ipoh. Hari pertama program iaitu pada hari Isnin 24 Februari 2025 bersamaan 25 Syaaban 1446H dimulai dengan pendaftaran peserta dan diikuti dengan Majlis Sama' Hadith "Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah" Oleh Dr. Yahya Abdul Razak Al-Ghawthani pada jam 8.30 malam



Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email