KUALA LUMPUR, 26 Februari - SS Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh bersama SS Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato' Haji Zamri bin Hashim telah bersama-sama mengiringi siri lawatan Menteri Wakaf Republik Arab Mesir, As-Syeikh Profesor Dr. Usamah As-Sayyid Mahmud Muhammad Al-Azhari serta delegasi ke Menara Kuala Lumpur dan seterusnya menghantar kepulangan beliau di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Lawatan ke Menara Kuala Lumpur turut disertai oleh Menteri Hal Ehwal Agama dan Timbalan Ketua Pengarah JAKIM. Usai lawatan, rombongan terus ke Sama-Sama Hotel KLIA bagi persiapan delegasi untuk pulang ke Mesir. SS Mufti Perak telah meluangkan masa bersama Menteri Wakaf Republik Arab Mesir serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan perjalanan pulang beliau bersama delegasi. Sekitar jam 12. 30 malam, delegasi berangkat pulang dari ruang VVIP Lounge KLIA. Semoga Allah merahmati kunjungan ini dan mengeratkan ukhuwah yang telah terjalin. Pihak urus setia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menguruskan keberadaan Menteri Wakaf tersebut di Malaysia khususnya di Negeri Perak Darul Ridzuan. |
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.