IPOH, 25 FEBRUARI 2025 –Hari kedua Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berlangsung pada hari Selasa, 25 Februari 2025 bersamaan 26 Syaaban 1446H dimulai dengan majlis perasmian oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada sesi pagi dan diikuti dengan pembentangan ucaptama oleh Syeikh Dr. Usamah al-Sayyed Mahmood Muhammad Sa'ad al-Azhari bertajuk Disiplin Ilmu Tasawuf: Metodologi Pembinaan Manusiawi dan Pemeliharaan Watani.
Pada sesi petang telah berlangsungnya pembentangan kertas kerja pertama, iaitu Integrasi Antara Disiplin Ilmu Fiqh dan Disiplin Ilmu Tasawuf Menurut al-Imam al-Ghazali oleh Prof Dr. al-Habib al-Sayyed Abdul Hamid bin Ali al-Mahdaly al-Husainy al-Azhari, Mantan Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali, (UNISSA) Brunei Darussalam. Seterusnya pembentangan kertas kerja kedua bertajuk Legasi Tasawuf Ulama Mazhab Maliki disampaikan oleh Sahibus Sa’adah Dato’ Dr. Muhammad Ayman al-Akiti dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada sesi malam pula diteruskan dengan sambungan Majlis Sama' Hadith "Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah" Oleh Dr. Yahya Abdul Razak Al-Ghawthani, Anggota Kesatuan Kejurulatihan dan Penasihatan Sedunia (INLPTA).


Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

IPOH, 24 FEBRUARI 2025 –Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berlangsung selama 3 hari di Pusat Konvensyen Casuarina, Casuarina@Meru, Ipoh. Hari pertama program iaitu pada hari Isnin 24 Februari 2025 bersamaan 25 Syaaban 1446H dimulai dengan pendaftaran peserta dan diikuti dengan Majlis Sama' Hadith "Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah" Oleh Dr. Yahya Abdul Razak Al-Ghawthani pada jam 8.30 malam



Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

IPOH, 25 FEBRUARI 2025 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru, di sini.

Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Hadir sama, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YABhg. Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara), Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja; YB Dato' Mohammad Zahir bin Dato' Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Syeikh Dr. Usamah Al-Sayyed Mahmood Muhammad Sa’ad Al-Azhari, Menteri Wakaf Republik Arab Mesir; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan YBhg. SS Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak.

Turut hadir, YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

IPOH, 6 Februari - Temuduga Kebenaran Mengajar al-Quran Negeri Perak telah berlangsung pada 6 Februari 2025 bertempat di Jabatan Mufti Negeri Perak

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email

SEGARI, 30 Januari - Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak telah menerima kunjungan mahabbah dari Tuan Guru Ahmad Rozaini bin Abdul Rahman serta rombongan untuk turut mencerap anak bulan Syaaban di Baitulhilal, Pantai Pasir Panjang, Segari. Seramai lebih 50 orang hadir bersama rombongan yang terdiri daripada pengajar dan penuntut Akademi Darul Turath al-Hajari, Banggol Batu, Lenggong, Perak.

Rombongan hadir pada jam 4 petang telah disambut oleh pegawai dan kakitangan Bahagian Falak diketuai oleh Ustaz Mohamad Faizal bin Jani, Ustaz Nor Izwan bin Hamdan, Ustaz Mohd Tajuddin bin Che Din, Ustaz Zainuddin bin Muhammad serta dua orang pelajar Praktikal, Ustaz Mohamad Rashidi bin Mohamed Zubir dan Ustaz Umar Abdul Aziz bin Azhar.

Program dimulakan dengan taklimat rukyah hilal oleh Ustaz Mohamad Faizal bin Jani, Ketua Bahagian Falak yang menyentuh aspek kedudukan anak bulan, umur dan jangkaan kenampakan. Selepas itu, semua rombongan dijemput ke tapak cerapan anak bulan di tepi pantai Baitulhilal. Sebanyak 5 peralatan telah dipasang dari pelbagai jenis teleskop dan total station.

Keadaan cuaca berawan mendung di langit barat sedari jam 3 petang hingga ke malam telah menidakkan kenampakan anak bulan Syaaban. Namun begitu, pengalaman sebegini amat bermakna bagi semua ahli rombongan serta diharap dapat memberi manfaat yang sangat berguna untuk semua. Cerapan selesai kira-kira jam 8.30 malam ini telah memberikan satu dimensi baharu tentang kaedah dan prosedur kerja cerapan hilal kepada semua ahli rombongan. Moga ianya memberi manfaat yang akan dikira sebagai ibadah yang memberikan pahala yang berpanjangan.

Sila layari Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak untuk maklumat lanjut.


Sumber: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Print Email