1) Apakah hukum menggunakan kenderaan mewah sebagai kereta jenazah berbanding penggunan van seperti di luar negara?
Hukumnya adalah harus selama mana di dalam atau di luar kenderaan tersebut tidak menggambarkan atau menyerupai unsur agama lain.2) Saya seorang doktor yang telah mengesahkan kehamilan ramai gadis yang masih belum berkahwin. Apakah peranan kami sebagai doktor selain memberi nasihat untuk bertaubat dan jangan mengulangi kesilapan yang sama, kerana melaporkan kepada pihak berwajib adalah menyalahi etika kedoktoran.
Pihak doktor boleh menyarankan mereka supaya berkahwin dengan segera jika kandungan mereka masih awal bagi tujuan menjaga nasab dan mengelak kecelaruan batasan aurat. Bayi yang lahir kurang dari tempoh 6 bulan 2 lahzah (detik) tidak akan disabitkan anak tersebut kepada suami. Hal ini telah termaktub dalam kitab Fiqh & Perundangan Islam oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili pada muka surat 855 jilid VII sebagaimana berikut: “Jika anak itu dilahirkan kurang dari tempoh minimum masa mengandung iaitu enam bulan dua lahzah, maka ulama’ bersependapat tidak sabit nasab daripada si suami dan ia merupakan bukti bahawa kehamilan itu berlaku sebelum aqad perkahwinan, kecuali sekiranya suami mendakwa anak itu adalah anaknya, kerana dakwaan itu di andaikan bahawa perempuan adalah hamil dengannya sebelum aqad perkahwinan sama ada aqad lain, aqad yang fasid ataupun berlaku persetubuhan shubhah” .3) Saya ada membaca buku “Panduan Halal Haram” yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Saya menghadapi masalah dalam meyakinkan masyarakat, khususnya pengguna Islam bahawa makanan segera adalah haram kerana kesucian dan kehalalan makanan tersebut adalah diragukan (syubhah)
KFC kini dimiliki oleh Perbadanan Negeri Johor dan diakui halal manakala buku “Panduan Halal Haram” adalah hasil kajian secara umum Persatuan Pengguna Pulau Pinang.4) Apakah garis panduan pelupusan abu atau sisa bahan bakar ayat-ayat suci al-Quran?
Berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-30 bertarikh 22 Ogos 1992:- Al-Quran yang telah rosak, koyak, tidak lagi boleh dibaca dan bukan resam Uthmani hendaklah dilupuskan.
- Kaedah pemabakaran adalah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam di tempat yang dikawal.
- Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urus Setia atau Majlis dan Jabatan Agama islam Negeri-Negeri. Ia dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai.
5) Apakah hukum pendermaan organ?
Haram menderma seluruh badan bagi tujuan perubatan dan penyelidikan. Namun yang dibenarkan hanyalah anggota tertentu seperti kornia mata, buah pinggang, jantung dan hati.6) Siapakah yang harus bertanggungjawab menjaga seorang ibu antara anak lelaki dan anak perempuan?
Wajib hukumnya anak-anak menjaga kebajikan ibunya. Haram menderhaka padanya dan wajib bersabar di atas segala kerenahnya khusus apabila umurnya semakin lanjut. Firman Allah SWT:وَمَن نُّعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ ۖ أَفَلَا يَعْقِلُونَ ﴿٦٨﴾
(Maksud: “Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya, nescaya Kami kembalikan dia kepada kejadiannya (kembali menjadi lemah dan kurang akal) maka adakah mereka tidak memikirkannya.” Surah Yasin: 68
7) Apakah hukum anak-anak yang tidak mengambil tahu hal bapa sendiri dan bersikap derhaka?
Dosa derhaka kepada bapa termasuk dosa besar yang paling besar. Rasulullah mengingatkan agar tidak melakukan sesuatu yang menyakiti mereka dengan sabdanya:Maksud: “Perlukah aku beritahu kamu tiga perkara dosa besar yang paling besar? Kami (para sahabat) menjawab: ‘Tentu, ya Rasulullah.’ Maka beliau berkata: ‘Menyekutukan Allah dan menderhaka kepada ibu bapa.’ Pada mulanya Rasul bersandar lalu beliau duduk untuk melanjutkan percakapan. ‘Begitu juga dengan pembohongan dan penyaksian palsu.’ Beliau terus mengulang-ulangnya sehingga kami ingin beliau berhenti.”
Seorang bapa hendaklah bersabar dan berdoa semoga allah memberi hidayah kepada anak-anak. Sabda Rasulullah SAW:
Maksud: “Keredhaan Allah ada kaitannya dengan keredahaan kedua ibu bapa dan kemurkaanNya bergantung kepada kemaraham ibu bapa.”
8) Adakah pembogelan dalam penyiasatan dibolehkan dalam Islam?
Mendedahkan keaiban seseorang adalah dilarang dalam Islam berdasarkan hadith Nabi SAW: Maksud: “Dari Anas, bahawasanya aku melakui suatu kaum yang mempunyai kuku panjang dari tembaga, kemudian mereka mencakar dada dan wajah mereka sendiri. Tanyaku: “Wahai Jibri, siapakah kaum itu?”. Jawab Jibril: “Mereka adalah orang-orang yang sentiasa memburuk-burukkan orang lain dan menodai kehormatan mereka”. (HR abu Dawud) Maksud: Dari Said ibni Zaid, bahwasanya Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya antara dosa riba yang paling besar adalah seorang yang sentiasa memburuk-burukkan seorang Muslim tanpa alasan yang benar. (HR Abu Dawud, Al-Baihaqi dalam Syi’bul Iman)Mendedahkan keaiban itu bermaksud dari segi perkataan atau perbuatan. Bagi tujuan penyiasatan, saya bersetuju dengan syor yang dibuat oleh Suruhanjaya Bebas iaitu balai-balai polis diseluruh Negara dipasang alat pengimbas untuk memeriksa tubuh tahanan. Pemeriksaan fizikal melibatkan bahagian sulit baddan hendaklah dilakukan oleh doktor, pembantu perubatan atau jururawat bertauliah sama jantinanya dengan tahanan.