1) Adakah pengedaran CD Akidah Benteng Kehidupan dan CD Selamatkah Zuriat Kita”? serta CD Masyarakat Islam Murtad dibolehkan kepada umum?
Pengedarannya dibolehkan kerana tidak terdapat apa-apa yang meragukan.2) Apakah hukum menghormati Jalur Gemilang dan berdiri ketika menyanyikan Lagu Kebangsaan dan hukum menghormati Tugu Negara?
1) Harus dengan syarat tidak berlebihan (ghuluw)dalam menghormatinya.
2) Haram kerana terdapat unsur-unsur keberhalaan.
3) Adakah buku ‘Pasport Kenabian’ boleh digunakan dan diedarkan kepada orang ramai?
Penggunaan konsep berupa pasport dan penggunaan nama ‘Pasport Kenabian’ pada tajuk buku adalah tidak sesuai untuk edaran orang ramai. Ianya hendaklah ditukar kerana boleh mengelirukan orang ramai. Sumber rujukan juga perlu disertakan diakahir buku tersebut.
4) Apakah dibolehkan meletak puisi memuji seorang yang telah mati di dalam kitab Yasin-Tahlil yang dihadiahkan oleh keluarga si mati?
Perbuatan memuatkan puisi memuji si mati di dalam naskhah hadiah Yasin-Tahlil tidaklah dilarang oleh syarak dengan syarat pujian itu tidak melampaui batasan yang dibenarkan oleh Islam.
5) Apakah hukum melibatkan diri dalam ilmu sihir dan mengupah orang untuk menyantau orang lain?
Mengamalkan ilmu sihir bagi seorang Islam adalah haram kerana pelakunya menjadi musyrik kepada Allah SWT. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW:“ من نفث في عقدة، فقد سحر، ومن سحر، فقد أشرك”
(Sesiapa yang menghembus dalam suatu simpulan, makadia telah membuat sihir. Dan sesiapa yang membuat sihir, maka dia telah syirik (kepada Allah)
6) Bagaimanakah dengan status amalan tarikat Naqsbandiah Alliyah Haqqani?
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak belum mengeluarkan apa-apa keputusan, fatwa atau warta berkaitan Tariqat ini.
7) Apakah hukum menghormati Jalur Gemilang dan berdiri ketika menyanyikan Lagu Kebangsaan?
Harus dengan syarat tidak berlebihan (ghuluw) dalam menghormatinya. Justeru, perbuatan tersebut merupakan tanda seseorang itu cinta akan tanah airnya dan ia merupakan adat kebiasaan bagi mana-mana rakyat ketika dalam situasi berkenaan. Perlu juga diingatkan bahawa cinta akan negara juga merupakan antara perkara yang dituntut oleh Syarak. Sebuah hadis telah menceritakan mengenai kecintaan Baginda Rasulullah SAW terhadap negerinya, Madinah: كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا قَدِمَ مِنْ سَفَرٍ فَأَبْصَرَ دَرَجَاتِ الْمَدِيْنَةِ أَوْضَعَ نَاقَتَهُ، وَإِنْ كَانَتْ دَابَّةً حَرَّكَهَا. Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW jika pulang dari musafir maka Baginda melihat dataran tinggi kota Madinah lalu Baginda mempercepatkan untanya walaupun ketika menunggang haiwan yang lain.” (Riwayat Bukhari) Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani telah memberi komentar mengenai hadis ini dalam kitabnya berjudul Fathul Bari dalam juzuk ketiga, bahwasanya ia menunjukkan kelebihan kota Madinah. Maka itu, cinta akan tanah air merupakan perkara yang disyariatkan dalam Islam. Adapun penghormatan yang berlebihan lagi ditegah ialah apabila melibatkan perkara ibadat seperti menghormati patung-patung berhala dengan mengagungkannya sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Kafir. Mereka beriktikad bahawa ia adalah Tuhan serta boleh memberi manfaat atau mudarat selain dari Allah SWT. Nauzubillah min zalik, perkara ini merupakan sebesar-besar syirik kepada Allah. Walau bagaimanapun, penghormatan yang tidak melibatkan unsur-unsur akidah mahupun ibadat adalah diharuskan.
8) Apakah hukum menghormati Tugu Negara?
Haram kerana terdapat unsur-unsur keberhalaan begitu juga meletakkan kalungan bunga di tugu berkenaan. Semua ini boleh membawa kepada syirik.
9) Apakah yang dimaksudkan dengan murtad?
Murtad dalam bahasa Arab ialah beralih daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain. Manakala berdasarkan Undang-undang Islam, murtad bermaksud beralih daripada memeluk Islam kepada memeluk agama lain atau anutan lain. Murtad boleh berlaku di sebabkan: i) Menolak hukum yang telah disepakati dan pasti diketahui umum. Contohnya menolak kewajipan zakat, puasa haji, menolak pengharaman arak atau riba. ii) Melakukan perbuatan yang hanya dilakukan oleh orang kafir dan bercanggah dengan agama Islam. Contohnya seperti menyembah berhala dan mencampakkan al-Quran ke tempat najis. iii) Mengucapkan sesuatu yang bercanggah dengan pegangan Islam, sama ada yang diucapkan itu lahir daripada keyakinannya atau keengganannya atau untuk mempersenda. Misalnya mengutuk Allah dan Rasulnya atau berkata “Islam tidak sesuai dengan kemodenan”, mewajibkan wanita berhijab adalah “kolot” dan sebagainya.
10) Hukum berkata “Duli Yang Maha Mulia Sultan” di sisi Aqidah?
Harus hukumnya selama mana ia tidak menyamakan darjat kedudukan sultan dengan kebesaran Allah SWT dan ia telah menjadi kebiasaan (uruf) masarakat setempat. Merujuk Kamus Dewan, perkataan duli itu adalah berasal dari sastera lama yang bererti abu, debu (yang melekat di kaki). Yang Maha Mulia pula merujuk sifat Allah SWT iaitu (الْعَظِيْمُ).
11) Adakah orang bermazhab Syiah, kitab oleh hukumkan sebagai kafir?
Pengikut mazhab Syiah tidak dihukum sebagai kafir kerana mereka tetap mengucap Syahadah dan melakukan segala amalan seperti Muslim yang lain. Jika ada perkara perkara yang bertentangan dilakukan sekali pun, maka tidak wajar menghukum mereka dengan yang sedemikian. Hal ini sejajar dengan dua kaedah yang disebut oleh al Imam Abu Hasan al Asy’ari didalam kitabnya bertajuk al ibanah ‘an Usul al Diyanah pada muka surat 10: لاَ نُكَفِّرُ أحَدًا مِن أهْلِ القِبلَةِ بِذَنبٍ يَرتَكِبُهُ ....مَنْ عَمِلَ كَبِيرَةً مِنْ هَذِهِ الكَبَائِر مِثْلَ الزِّنَا والسِّرقَةُ وَمَا أُشْبِهُهَا مُستَحَلًّالهَا غَيرَ مُعتَقِدٍ لِتَحرِيمِهَا كَانَ كَافِرًاMaksudnya : “Kita tidak menghukumkan kafir di kalangan ahli ibadat (orang Islam) terhadap dosa yang ditanggung olehnya.... barangsiapa yang melakukan satu dari dosa-dosa besar seumpama zina, mencuri dan yang sepertinya serta menghalalkannya tanpa berpendirian terhadap pengharamanya maka dia dikira telah jatuh kafir.” Namun, jika didapati mereka beriktiqad bahawa al-Quran yang ada tidak sempurna ataupun mencerca para sahabat secara terang terangan maka ia termasuk perkara yang boleh membawa kekufuran.
12) Saya ada mendengar Imam Mahdi sudah lahir ke dunia tahun lepas. Tanda beliau telah lahir ke dunia ialah berlakunya dua kali gerhana dalam bulan Ramadhan. Pada tahun 2004 telah berlaku kejadian sedemikian. Apa pandangan Tan Sri?
Tidak ada satu nas pun yang menyebut bila akan tiba hari Kiamat, hanya Allah yang mengetahuinya. Firman Allah SWT dalam menggambarkan suasana Kiamat pada hari itu seperti berikut : لَا تَأْتِيكُم إِلَّا بَغْتَةً Maksudnya : “Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.”(Al-A’raf : 187) Adapun mengenai kedatangan Imam Mahdi, terdapat hadis yang menceritakan mengenainya namun terdapat khilaf mengenai siapakah Imam yang dimaksudkan?Hadis tersebut ialah :كَيفَ أَنتُمْ إِذَا نَزَلَ إِبنُ مَريَم فِيكُم،وَإِمَامُكُم مِنْكُم ؟ Maksudnya : “ Bagaimana keadaan kamun apabila turunnya ibnu Maryam (Nabi Isa) dan Imam di kalangan kamu ?”(Riwayat Bukhari & Muslim) Disebutkan di dalam kitab Fathul Barri jilid ke enam, pada muka surat 493-494 bahawa terdapat khabar Mutawatir menceritakan yang dimaksudkan dengan ‘Imam’ dalam hadis ini ialah al-Mahdi di kalangan umat Islam dan bahawasanya Nabi Isa solat di belakangnya. Hal yang sama termaktub dalam kitab Manaqib al- Syafie. Mengenai kejadian gerhana tersebut, kita mestilah menyakini bahawa itu adalah di antara tanda tanda kebesaran Allah sebagai renungan umum. Justeru, tiada kena mengena dengan kejadian turunnya Imam Mahdi sepertimana yang didakwa.
13) Apakah hukum menggantung tanglung di kawasan sekolah atas alasan satu cara untuk memperkenalkan budaya dan memeriahkan sambutan perayaan berbilang kaum di negara kita sedangkan disekolah tiada seorang pun murid Cina?
Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS0 Jakim Kali ke-89 yang telah bersidang pada 29 September hingga 1 Oktober 2015 telah memutuskan bahawa apa-apa aktiviti yang melibatkan tanglung adalah harus, dengan syarat tiada unsur pemujaan dan ritual agama dan apa-apa kaitan kepercayaan yang bercanggah dengan syarak. Justeru itu, saya berpandangan bahawa pesta tanglung ini hanya bercirikan festival kekeluargaan dan kegembiraan semata mata serta bukan lagi dikategorikan sebagai sebuah perayaan keagamaan. Walau bagaimanapun dalam menjayakan pesra tanglung ini, pihak sekolah perlulah mematuhi beberapa garis panduan di bawah:
14) Apakah hukum menghantar anak ke tadika yang diadakan didalam gereja dan diuruskan oleh pihak gereja dan penjaga gereja sebagai tenaga pengajar kerana mereka mampu mengajar Bahasa Inggeris dengan lebih baik sedangkan tadika lain seperti KEMAS dan ABIM wujud dikawasan berkenaan. Terdapat juga seorang ustazah yang ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam yang mengajar fardhu ain di situ.
Haram menghantar anak-anak belajar di gereja kerana dikhuatiri akan diresapi oleh unsur unsur ajaran Kristian terhadap mereka. Sebaik baiknya, anak anak perlulah dihantar ke pusat pusat pendidikan yang menyediakan pendidikan agama Islam yang secukupnya di samping pergaulan di kalangan mereka yang terkawal dan dipantau oleh guru.
15) Apakah hukum perubatan secara permohonan dan beberapa ilmu yang ada dipromosikan di akhbar-akhbar tabloid seperti:
(a) Cara perbomohan (Rawatan Tradisional Walim Songo, Minyak Senyoyong Sarawak,Bomoh Budak Cilik & sebagainya) (b) Ilmu kebatinan/tenaga dalam cakra alam
(c) Ilmu ratu ibu duit.
Ilmu-ilmu yang diiklankan itu adalah ilmu yang tidak pasti kandungannya sama ada betul-betul berlunaskan tatacara pengubatan dalam Islam/tidak. Maka itu, ia tidak harus diikuti.
17) Benarkah bomoh di Tanjung Tualang berubat dengan perantaraan seperti menyeru Dato Panglima sebagainya?
Tidak kerana saya (Tan Sri) pernah berubat di Tanjung Tualang
18) Sewaktu bersekolah kami sering diberi air penawar dan pensil yang telah dijampi apabila tiba waktu peperiksaan. Apakah pendirian Islam tentang perkara tersebut?
Harus untuk menerima air penawar selama mana tidak mengiktiqadkan bahawa benda tersebut memberi bekas begitu juga halnya dengan pensil yang dijampi