• Utama
  • Rakyat
  • Info dan Rujukan
  • Perubahan Zon Waktu Solat
zon

Bermula 2010 Taqwim Solat Negeri Perak akan menerima penambahan zon berbanding 3 zon sebelum ini. Ini berikutan kajian yang telah dilakukan oleh Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak mendapati beberapa penambahbaikkan perlu dilakukan pada taqwim solat negeri yang bakal digunakan pada tahun hadapan. Menurut Bahagian Falak, Taqwim Solat Negeri Perak bagi tahun 2010 akan menerima pakai 7 zon berbanding 3 zon. Ini berikutan kajian yang dijalankan mendapati 3 perkara yang dapat diperbaiki dalam taqwim iaitu perbezaan waktu yang ketara, titik rujuk paling barat dan zon yang luas.

Contohnya bagi zon 1 perbezaan waktu solat bagi daerah paling timur dan paling barat mencapai 6 minit.Manakala bagi zon 2 pula mencapai 5 minit yang mana ini perbezaan yang agak besar. Maka dalam penambahbaikkan ini beza waktu solat ini cuba dikecilkan. Berdasarkan 3 perkara tadi, maka penyusunan semula zon-zon waktu solat negeri Perak disusun semula, berdasarkan 3 asas-asas berikut:

  1. Penyusunan semula zon-zon berpandukan sempadan yang jelas dan praktikal.
  2. Selisih waktu solat kawasan paling Timur & Barat perlu dikecilkan.
  3. Titik rujukan kiraan mengambil lokasi yang paling barat dan paling Timur, dengan juga mengambil kira lokasi di kawasan paling Utara dan Selatan.
Contohnya dalam penyusunan semula Zon Waktu Solat Negeri Perak perbezaan kawasan paling barat dan paling Timur dapat dikecilkan sehingga 4 minit.Namun penyusunan ini turut mengambil kira sempadan-sempadan daerah yang mudah dikenal pasti dan tidak mengelirukan kecuali bagi daerah Hulu Perak. Ini kerana ia perlu dipecahkan kepada 2 zon berasingan iaitu zon 3 bagi Lenggong, Grik dan Keroh dan zon 4 bagi Temengor & Belum. Ini berikutan perbezaan waktu solat yang masih besar di antara kawasan paling Timur dan paling Barat di daerah Hulu Perak mencapai 5 minit. Maka setelah perbincangan dan mendapat persetujuan S.S Tan Sri Dato Seri Mufti, insya ALLAH bermula Jan 2010, Zon Waktu Solat Negeri Perak akan menerima pakai 7 zon iaitu:
  • Zon 1( Tapah, Slim River & Tanjung Malim )
  • Zon 2( Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput & Kuala Kangsar )
  • Zon 3( Pengkalan Hulu, Grik & Lenggong, )
  • Zon 4( Temengor & Belum )
  • Zon 5( Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Setiawan & Pulau Pangkor )
  • Zon 6( Selama, Taiping, Bagan Serai & Parit Buntar )
  • Zon 7( Bukit Larut )zon1:: Jika ada sebarang masalah dan kekeliruan, maka pihak-pihak diminta menghubungi Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel