Halaman 3 dari 5
Seterusnya hukum memakai inai bagi wanita pula adalah diharuskan di dalam Islam.
Bagi para wanita pula, para ulama bersepakat tiada masalah baginya untuk mewarnakan jarinya dengan inai. Di antara dalilnya:
Bagi para wanita pula, para ulama bersepakat tiada masalah baginya untuk mewarnakan jarinya dengan inai. Di antara dalilnya:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ امْرَأَةً مَدَّتْ يَدَهَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكِتَابٍ فَقَبَضَ يَدَهُ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَدَدْتُ يَدِي إِلَيْكَ بِكِتَابٍ فَلَمْ تَأْخُذْهُ فَقَالَ إِنِّي لَمْ أَدْرِ أَيَدُ امْرَأَةٍ هِيَ أَوْ رَجُلٍ قَالَتْ بَلْ يَدُ امْرَأَةٍ قَالَ لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ بِالْحِنَّاءِ
Maksudnya: Dari 'Aisyah berkata, "Seorang wanita menghulurkan tangannya kepada Nabi SAW dengan sebuah kitab, wanita itu memegang tangan beliau seraya berkata, "Wahai Rasulullah, aku hulurkan tanganku dengan sebuah kitab namun engkau tidak mengambilnya? Beliau bersabda: "Aku tidak tahu, apakah itu tangan seorang wanita atau tangan laki-laki." Wanita itu berkata, "Itu tangan seorang wanita." Beliau bersabda: "Sekiranya aku seorang wanita, sungguh kuku tanganku akan aku beri warna dengan pacar (inai)." (HR an-Nasa'ie).
Hukum Mewarnakan Rambut
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa, hukum asal mewarnakan rambut sama ada dengan inai atau lain-lain bahan adalah harus selagi mana perkara-perkara berikut dijaga:
Hukum Mewarnakan Rambut
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa, hukum asal mewarnakan rambut sama ada dengan inai atau lain-lain bahan adalah harus selagi mana perkara-perkara berikut dijaga:
- Tidak menyerupai wanita-wanita bukan Islam. Sekiranya suatu warna, fesyen warna, gaya warna, ataupun bahan pewarna itu kebiasaannya hanya digunakan oleh golongan bukan Islam, di mana jika seseorang Muslimah memakainya dia akan kelihatan seperti wanita bukan Islam, maka tidak harus mewarnakan rambut dengan warna, gaya, fesyen atau bahan demikian. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُم مَنْ تَشَبَّه
Maksudnya: “Sesiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka”.(HR Abu Daud)
- Wanita yang bersuami hendaklah mendapat keizinan suaminya untuk mewarnakan rambut. Jika suaminya tidak mengizinkan, maka isteri tidak harus melakukannya.
- Wanita yang sedang dalam tempoh iddah kematian suami (ihdad) tidak diharuskan mewarnakan rambutnya, kerana mewarnakan rambut termasuk dalam perbuatan menyerlahkan kecantikan, dan perbuatan tersebut dilarang terhadap wanita yang dalam iddah kematian suami.
- Mewarnakan rambut bagi orang lelaki hendaklah selain daripada warna hitam, kerana menutupi uban dengan warna hitam adalah dilarang oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Di dalam satu hadis, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada Abu Quhafah yang sudah keputihan rambut dan janggutnya: غَيِّرُوا هَذَا وَجَنِّبُوهُ السَّواد (HR Muslim) Maksudnya: “Ubahlah ini dengan sesuatu, dan jauhi warna hitam”.
- Bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut hendaklah dari bahan-bahan yang suci. Maka tidak harus menggunakan bahan najis atau bercampur dengan bahan najis.
- Bahan yang digunakan sebagai pewarna hendaklah daripada jenis bahan yang hanya meninggalkan warna dan bukannya bahan yang melekat dan melapisi rambut serta boleh menghalang air daripada mengenai kulit rambut ketika mandi wajib. Berkenaan dengan mandi wajib bagi wanita yang mewarnakan rambut, para ulama bersepakat bahawa kewujudan bahan yang melekat dan melapisi anggota mandi akan menghalang sahnya mandi wajib. Justeru, perkara ke-6 di atas hendaklah dijaga bagi mengelakkan masalah ketika mandi wajib.
- Mewarnakan rambut dilakukan bukan untuk tujuan mendedahkan kecantikannya kepada khalayak yang bukan mahram. Jika tujuan mewarnakan rambut adalah untuk diperlihatkan kepada mereka, maka haram hukumnya. Justeru, wanita yang tidak bertudung di khalayak adalah haram mewarnakan rambut kerana ia adalah maksiat berganda; pertama kerana mendedahkan aurat, dan kedua kerana melakukan tabarruj (berhias-hiasan) di hadapan khalayak ajnabi. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu sentiasa berada di rumah kamu dan janganlah kamu berhias diri seperti mana yang dilakukan oleh orang jahiliyyah zaman dahulu.”