Halaman 4 dari 5
Keputusan Muzakarah Fatwa KebangsaanMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja,manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula,corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Rumusan
Jabatan Mufti Negeri Perak menggunapakai pandangan yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 dengan saranan bahawa adalah wajar mana-mana pihak meninggalkan sesuatu perbuatan yang meragukan kepada sesuatu perbuatan yang tidak meragukan.

عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ الْحَسَنُ بْنُ عَلِي بْنِ أبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَيْحَانَتِهِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ : حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ.
Maksudnya: “Dari Abu Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dan kesayangannya, dia berkata: Saya menghafal dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam (sabdanya):Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu”.
Soal Jawab Mengenai Isu Pemakaian Inai
Meletakkan Pewarna Pada Jari Jemari
Meletakkan Pewarna Pada Jari Jemari
Soalan:
Saya menaruh pewarna pada jari jemari, kemudian berwuduk dan menunaikan solat tanpa menghilangkannya terlebih dahulu. Adakah solat saya itu sah?
Saya menaruh pewarna pada jari jemari, kemudian berwuduk dan menunaikan solat tanpa menghilangkannya terlebih dahulu. Adakah solat saya itu sah?
Jawapan:
Solat itu batal, kerana tidak harus menggunakan pewarna kuku bagi wanita ketika menunaikan solat, kerana pewarna itu menghalang air sampai ke kulit jari jemari semasa bersuci. Setiap sesuatu yang menghalang air dari sampai ke kulit, tidak harus menggunakannya bagi orang yang mengambil wuduk atau mandi, kerana Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…” (Al-Maidah:6)
Hukum Menggunakan Inai Untuk Pengubatan
Soalan:
Lajnah Daimah Lil Ifta’ ditanya: Apa hukum memakai inai di rambut dengan tujuan mengubati keguguran rambut, bukan untuk mengubah warna rambut?
Jawapan:
Perkara itu dibolehkan secara mutlak.
Perkara itu dibolehkan secara mutlak.