1 IPOH, 14 Mei 2024 - Jabatan Mufti Negeri Perak telah melaksanakan sebuah program bertajuk Training For Trainers Nadwah Ahli Sunah Wal Jamaah Negeri Perak bertempat di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 hingga 14 Mei 2024.

  Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada S.S. Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak dan diteruskan dengan pembentangan pertama daripada Prof. Dr. Jamal Farouk Jibril Mahoud (al Daqqaq), Mantan Dekan Kuliah Dakwah, Universiti al-Azhar, Mesir.

  Antara penceramah jemputan adalah Dr. Mohamad Ayman al-Akiti (AJK Fatwa Negeri Perak), S.F. YM Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali(AJK Fatwa Negeri Perak), S.F. Kiyai Haji Muhammad Idrus bin Ramli, Dr. Abdullaah bin Jalil, S.F. Ustaz Khairuddin bin Mohd Saman, S.F. Ustaz Ahmad Hafiz bin Mohd Alwi al-Bakaniyy dan moderator iaitu Ustaz Ahmad Hafiz bin Mohd Rozmizi.

  Majlis Penutup bagi program ini dirasmikan oleh S.S. Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.
2 3 4

Sumber: Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel