1 ALOR SETAR, 21 Mei 2024 - Ziarah Mahabbah dan Lawatan Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak kepada Jabatan Mufti Negeri Kedah telah berlangsung selama kira-kira hampir 3 jam di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Kedah. Delegasi Perak seramai 12 orang yang diketuai oleh SS Mufti Negeri Perak, Dato’ Seri Wan Zahidi bin Wan Teh dan SS Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato’ Zamri bin Hashim tiba di perkarangan bangunan Jabatan Mufti Negeri Kedah sekitar jam 10 pagi. Rombongan disambut oleh para pegawai Jabatan Mufti Negeri Kedah yang mengiringi SS Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Hj Awang membawa para tetamu ke ruang bilik mesyuarat. Program dimulakan dengan ucapan aluan dari kedua-dua pihak yang masing-masing diwakili oleh SS Mufti. SS Mufti Negeri Kedah menyatakan perasaan yang sangat terharu terhadap kunjungan balas daripada Jabatan Mufti Negeri Perak setelah siri lawatan yang telah berlangsung di Jabatan Mufti Negeri Perak pada bulan Mac lepas. Beliau juga turut menyatakan hasrat agar hubungan diplomatik antara dua Jabatan Mufti ini akan berterusan demi pembangunan kredibiliti jabatan seiring dengan usaha pembangunan ummah. Manakala SS Mufti Negeri Perak pula dalam ucapan balas turut menyatakan rasa syukur dan terima kasih atas kesediaan Jabatan Mufti Negeri Kedah menerima kunjungan mahabbah ini. Beliau juga berharap agar perhubungan dua hala ini akan membantu kelancaran pentadbiran jabatan terutama isu yang berkaitan fatwa. Sebagaimana usaha menyebar luaskan keutuhan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka pelbagai idea dan cadangan bernas amat membantu dalam usaha tersebut. Pelbagai isu yang telah diketengahkan untuk perbincangan oleh kedua pihak semasa sesi dialog berlangsung. Isu pengurusan fatwa, isu falak, isu pembangunan sistem dan isu pembangunan ABMS. Sesi pertemuan ini selesai sepenuh setelah sesi bergambar kenangan bersama semua delegasi yang terlibat. Moga pertemuan ini menjadi titik permulaan hubungan diplomatik yang lebih akrab di antara kedua Jabatan Mufti ini.

2 3 4

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak.

Cetak Emel