IPOH, 27 Jun - Telah berlangsungnya sebuah program yang diberi nama Bengkel Pemurnian Infografik Soal Jawab Agama Jabatan Mufti Negeri Perak. Program yang telah berlangsung selama tiga hari dari 25 hingga 27 Jun 2024 bertempat di Casuarina@Meru telah menghimpunkan asatizah untuk berkongsi idea dan pendapat mengenai infografik yang akan dipaparkan di media sosial rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak. Majlis amat berbesar hati kerana Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh, Mufti Kerajaan Negeri Perak sudi merasmikan majlis ini dengan jayanya, Beliau juga turut berkongsi beberapa perkara dan seterusnya mencambahkan lagi idea untuk mencapai matlamat bengkel ini. Sepanjang tiga hari bengkel berlangsung, para asatizah telah membentang kertas kerja mengikut bidang masing-masing. Oleh yang demikian pelbagai idea dan ilmu dapat diterjemahkan demi menghasilkan infografik yang padat dan mudah difahami oleh umum kelak. Akhir sekali, Sahibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak telah berbesar hati menyampaikan ucapan penutup untuk bengkel ini. Majlis seterusnya diakhiri dengan sesi bergambar dan bersurai. |
Sumber: Bahagian Maktabah, Jabatan Mufti Negeri Perak.